Lagu ini sebenarnya dulu aku tujukan kepada emak; nak ceritakan tentang istriku. Akan tetapi hingga ke sudah mak aku tidak tahu dan begitu juga istriku.
Semuanya aku simpan kemas kemas ke dalam sanubari atas alasan yang cuma aku sahaja yang tahu. Cuma sesekali aku nyanyikan di tepi dia sambil memegang stereng kereta.
Kereta Viva yang aku beli pada tahun 2013 memang khas untuk kemudahan membawa dia ke rawatan klinik/hospital juga membawa dia berjalan jalan berjam jam hampir setiap malam tanpa gagal demi melayan emosinya...
3 ulasan:
Bila dia dah tiada,hanya kenangan ja yg bertandang..
saya baru tahu kewujudan lagu ni
iye, lagu legend ni kasih utk ibu tak ternilai.,. aminn
Catat Ulasan