Isnin, 4 Oktober 2021

Cendol BM


Kalau ibu_suri teringin makan cendol, memang pi tang ni. aku nanti beli semangkuk, tatang pi masuk dalam kereta dan teman dia makan sampai habis.

Dia memang tak boleh pegang mangkuk dengan baik sebab beberapa jari tangannya ada sedikit sindrom parkinson.

Maka, aku kena pegang hingga dia selesai makan.

Lenguh tangan belah kiri, tukar ke tangan belah kanan. Walaupun ada orang perhati, aku buat tak tahu je...

2 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Kenangan bersama Arwah kan IM....semua yang indah- indah....

Syazni Rahim berkata...

semoga syurga ganjaran buat pakcik IM nanti atas kasih dan cinta kepada isteri sepenuh hati