Ada satu hari tu semasa ibu_suri minta sikatkan rambutnya.
Aku sikat perlahan lahan supaya dia tidak terasa sakit di kulit kepala. Kalau dia merasa sakit, anginnya baleh naik secara tiba tiba. Naya nanti aku kena marah.
" You nak bunuh I ke? "
Pernah dia menjerit begitu satu ketika dulu sedangkan aku telah cuba menyikat rambutnya dengan sebaik mungkin. Rambut di bahagian belakang jadi kusut berpintal, mungkin sebab lama sangat berbaring.
Hati kecil aku tersentap juga bila yang bernama istri menginggikan suaranya terhadap suami. Aky cuba memujuk hati aku dengan memaafkannya dengan ikhlas.
" Kenapa you belek rambut I? Ada uban ke? "
" Mana ada. Rambut you hitam berkilat lagi. Rambut abang la banyak uban."
Sambil aku menunjukkan kepala aku kepadanya.
Memang rambutnya masa itu belum nampak ada uban namum tak lama selepas itu aku perasan ubannya mulai kelihatan.
Aku diam sahaja, tak mahu beritahu apa apa. Bimbang nanti hatinya terusik sekaligus akan membuatkan emosinya terganggu...
2 ulasan:
Uban disana kelak akan bercahaya,bersinar2...sbb tu diharamkan menghitamkan rambut yg beruban..
semoga berbahagia bersama ibu suri pakcik IM :)
Catat Ulasan