Lama tak menulis. Harap sahabat blogger semua sihat.
Semakin masa berlalu aku semakin merasa sepi. Anak dan cucu tidak dapat membantu sepi ini. Terasa seperti mahu sahaja kembali pulang ke kampung dan menghabis sisa hidup di sana. Tetapi bila berada di kampung terasa pula ingin kembali ke rumah aku di sini sebab di kampung sunyi, tiada kawan atau suasana semasa aku kecil dulu sudah tiada. Rumah kayu dan pokok sudah tidak ada lagi. Semuanya berganti dengan rumah batu oleh generasi baharu.
Rupanya beginilah rasa hidup di hari tua. Sunyi. Seperti sunyinya dunia blogging sekarang ini. Ramai blogger lama menggantung keyboard mereka...
8 ulasan:
Kena rajin jenjalan blog kawan- kawan ni IM...x pun pergi mana-mana rumah anak cucu ke...tapi IM masih bekerja kan..semoga kesunyian itu akan slolwy berlalu pergi
umur meningkat semuanya terasa lain. saya pun dah lama gantung keyboard. baru2 ni je blog semula sebabkan alasan yg sama, sunyi
Kadang2 sunyi itu indah
Entah kenapa kakcik lebih suka pada kesunyian dari hiruk pikuk yang membingitkan...
Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggup kutahan
Dan kurelakannya
Ehhhh ternyanyi lagu iklim pulak saya..
Mungkin ini situasi yang bakal dilalui oleh salah seorang dari kami suami isteri suatu hari nanti.
Catat Ulasan