Pagi ini, buka saja fbku terpapar ulangan posting ucapan selamat hari lahir ibu_suri kepada saudara dan sahabat kami yang lahir di bulan November ini...
Silap juga dulu, aku tak muatnaik banyak-banyak foto ibu_suri semasa hayat dia.
Mungkin keistimewaan perempuan, ibu_suri memang ingat kesemua tarikh lahir adik beradiknya, anak buah malah kawan-kawannya.
Aku saja yang tak pernah ambil kisah bab tarikh lahir ni. Kadang kadang nampak rasa kecil hati dia bila dia tanya:
Esok hari apa?
Aku jawap:
Hari Rabu...
Senyap ja dia. Senyap yang tak boleh di abaikan.
Maka bila begitu aku perasanlah...
'Selamat menyambut hari jadi, istriku...'
'Nak bagi hadiah apa?'
Adoi... ni yang buat aku 'susah hati'. Bercakap bab hadiah hari lahir ni aku bukan reti sangat. Tambah-tambah lagi perempuan. Hendaknya pulak istriku.
Selama hidup aku sejak kecil di kampung tak pernah kenal bab selebret hari jadi. Bila datang Penang sahaja budaya ini aku kenal...
6 ulasan:
dah ada tarikh baru yang kena ingat
Tarikh pemergiannya menemui pencipta
Ya....
11.4.1963 ~ 22.9.2021
Innalillahiwainnailaihirojiun!
kenangan indah. Manis sekali wajah arwah dalam gambar tu
Alfatihah...
sedap pulak lagu dalam video tersebut
at least ada jugak kenangan utk dikenang... semoga terus tabah ya IM
Catat Ulasan