Kekadang bila cuti hujung minggu aku seperti mati akal tak tahu nak buat apa. Kekadang habiskan masa dengan tidur atau baring dengar lagu.
Nak berjumpa kawan kawan atau saudara mara seperti malas atau berasa macam akan mengganggu mereka.
Bimbang juga jika begini berterusan akan mengganggu kesihatanku.
Along pula bermula semalam kena kuarintin di pusat kuarintin MAEPS akibat contact rapat dengan rakan sekerja.
Akhmak pula dah jarang balik dan tidur di rumah. Tidak aku tanya pula dia tidur atau lepakbdi mana sebab aku tidak mahu menyesakkan dadaku dengan jawapan yang aku terima. Tapi aku boleh agak dia tidur dimana. Aku serahkan kepada Tuhan saja semua itu tentang dia.
Hati aku selalu sahaja resah atau tertekan samada pasal kerja, kerenah anak anak, sumber kewangan atau kekosongan.
Allah... Bantulah aku!
2 ulasan:
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan IM menjalani kehidupan ini. Aamiin
waktu cuti hujung minggu cuba IM join mana2 warung tempat IM minum pagi.
tanya tuan kedai samada depa nak pembantu kedai atau pembantu tebar roti canai atau tolong goreng mee atau apa sajalah.
dengan cara itu IM akan sibuk masa terluang akan terisi dan kepala tak berserabut fikir yang bukan2 dan boleh keluar peluh dalam masa yang sama boleh dapat duit poket.
bila kita cari satu jalan untuk duit poket lama kelamaan akan terjumpa beberapa jalan untuk duit poket yang lain hahaha
sekian.
Catat Ulasan