Khamis, 30 Disember 2021

Tatkala Telur Dipecahkan...

 1.14am....


tatkala memecahkan telur tadi aku teringat abah mertuaku. bila setiap kali aku dan istri ziarah ke sana, dia akan beriya iya suruh aku buat minuman sendiri. buat makan sendiri.

'megi pun ada Abu. masak la. bubuh telor... sedap'... sambil dia menggaru kepala dengan sikat di atas katil. itulah perkataannya selalu.

kini suara yang menyuruh aku masak itu sudah bertukar menjadi bahasa yang aku tak boleh nak fahami. 

muga anak perempuannya itu terus cekal dan kuat semangat menjaga abah. aku amat faham berat yang dipikul kerana aku juga pernah memikulnya. berat dan menguji kesabaran...



3 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

Semoga dipermudahkan urusan ipar pakcik IM menjaga mertua.. semakin tua, manusia semakin menjadi seperti bayi semula kan pakcik..

Suria Amanda berkata...

Semoga dipermudahkan buat adik ipar IM...

Umialya berkata...

Pahala buat adik ipar..

Bukan senang menjaga orang sakit jika tidak penyabar