Rabu, 19 Januari 2022

Kembara Solo

Tiba-tiba aku teringin nak buat kembara solo, antara acara yang aku senaraikan untuk mengisi masa tuaku. Mungkin ini pengaruh dari hobi sahabatku Faisal bca. Tak mengapalah, aktiviti yang baik, kan!

Bila aku senaraikan persedian yang perlu aku buat agak banyak juga:


1. Membuat saringan kesihatan sebelum pergi ( dah lama tak buat buat medical checkup )

2: Mula semula aktiviti kecergasan ( berjalan di laluan yang panjang ) yang dah lama aku tinggalkan

3. Jaga pemakanan ( terutama kurangkan 3in1 )

4. Kemas/bersihkan rumah ( rumah aku memang semak )

5. Ziarah mak di kampung sebelum pergi

6. Selesaikan urusan perkahwinan Akhmal sebanyak yang boleh

7. Membuat persiapan untuk kembara ( beli baju/seluar/walkman/headset/beg tour/laptop dll )

8. Hadam semula cara ibadah bermusafir ( solat dll )

9. Aktif semula dalam usrah mingguan yang udah lama aku lewakan.


Kembara aku tak lama. Mungkin makan masa sehari, 2 hari atau 3 hari sahaja.

Aku harap hasrat aku ini akan dapat ku capai. Aku mahu hidup aku bermakna dengan cara aku sendiri. Apa apa pun letak atas kertas dulu. Buat timeline yang realistik!


7 ulasan:

SukaniMusik berkata...

ya pak cik semuga berjaya, dan dapat mencharge energi dimasa hadapan.

SalbiahM berkata...

semoga berjaya IM. cuba kembara dekat-dekat dahulu. make sure ada ahli keluarga tahu IM ada kat mana setiap masa

Suria Amanda berkata...

Semoga dipermudahkan buat IM...selamat berehat dan menenangkan fikiran...

Umialya berkata...

Moga dipermudahkan urusan IM, aamiin..

insan marhaen berkata...

Terima kasih atas respons semua...

Tanpa Nama berkata...

salam IM;
kot lapang cuba pi buat bekam buang darah kotor bagi ringan badan.
buat urutan end-to-end daripada kepala ke kaki. bukan urutan yang ITU pulak ya hahaha

minum banyak air suam,air halia, ambil banyak sayur hijau.
bila badan sihat cergas dan ringan baru seronok nak berjalan ke tempat orang.

ازمير شهار ~ azmer berkata...

semoga sukses kembaranya.. seronok mengembara ni