Dah lama aku tak kemaskini blog aku ini. Hari ini rasa ada mood nak belek keyboard. Tapi rasa kekok juga. Jari rasa keras, otak rasa tepu. Banyak teknik cara susun atur atau tambah baik templater blog aku dah tak mahir.
Kemaskini paparan blog yang aku buat ini pun rasa macam tak best. Tak cantik. Takpalah, buat sementara waktu ini biarlah macam ni.
Ramai rakan bloggers aku pun nampaknya dah berhenti menulis. Generasi muda sahaja nak nampaknya selalu update.
Kak Seroja, Mama Moden, Jendela Hati, Warna Nostalgia, Abu Zorief, Maiyah, Komen Sen, Aida Ali, BearCat dan ramai lagi dah tak nampak 'muka'. Terasa seperti aku kesaorangan sahaja yang masih berada di dunia blog kesaorangan. Sekelilingku hanya jiran-jiran baru yang masih muda dan segar belaka.
Aku mula menulis blog sedari tahun 2008, tahun dimana ibu_suri mula diserang ahmar. Tekanan yang aku lalui dalam menjaga kebajikan ibu_suri aku lampiaskan melalui blog, medium yang masa itu mula popular sebelum datangnya facebook.
Hingga kini aku masih setia dengan blog disamping yang baru, facebook.
Bagi aku blog masih tetap menjadi tempat yang terbaik untuk aku menulis dan merakanm kisah hidupku secara jujur dan telus. Facebook masih banyak berhati hati dalam menulis kerana ianya terlalu terbuka dan sentiada diperhati sementara blog agak tertutup isinya dan kalau ada pun pemerhati adalah permerhati yang menyimpan rahsia.
Terima kasih kepada blogger baharu yang sudi singgah baca dan komen blog bilis aku, seorang tua di kaki senja ini.
Aku akan cuba untuk terus menlis sehingga akhir hayatku kerana menulis dalah kegemaran aku sejak bangju sekolah menengah dan aku tidak pandai 'menipu' dalam penulisan ini...
2 ulasan:
Blog ada keistimewaannya yang tersendiri
Tahniah
teruslah mengentri blog
Catat Ulasan