Isnin, 31 Januari 2022

Meor Pesta Jiwa

Hari ini aku bertugas di BRRC dengan memakai kemeja T beli dari Meor Pesta Jiwa atau nama sebenarnya Meor Yusof Aziddi. Entah kenapa, sedari tadi aku teringat dia.

Mungkin sebab usianya yang sebaya dengan aku. Mungkin juga asbab kematian persis asbab kematian istriku. Mungkin juga kerana tulisan tulisannya di FB membuat aku rasa seperti merasai apa yangvdia rasai walaupun pada hakikatnya perjalanan hidupnya jauh dari sama dengan perjalanan hidupku.

Terus terang aku katakan, dari sudut lagu aku lebih meminati lagu lagu abangnya, Sohaimi Meor Hassan malah peminat tegar dan memiliki senua album SMH. Seperti kata MPJ, suara abangnya itu gifted. Suara komersial.

Pun aku memiliki dan masih mencari album MPJ serta buku bukunya. Banyak juga jumlahnya walaupun mungkin tak sehebat SMH.

Aku juga masih ingat abang beliau yang seorang lagi, kartunis Mishar. Tapi lama sangat siaran kartunnya yang pernah aku baca, lupa dah aku macam mana.

Aku doakan muga roh MPJ dirahmati Allah dan ditempatkan bersama dengan para solehin.

Membaca catatan pengalaman beliau yang diulangsiar oleh FB atas usaha anak perempuannya kekadang mengimbau kenangan silamku dan sesekali memberi iktibar serta menguatkan semangatku dalam mengisi hari hari tuaku.

Syurgalah buatmu, sahabatku - Meor Pesta Jiwa!

https://www.facebook.com/meor.aziddin

2 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat

SalbiahM berkata...

Al fatihah untuk arwah MPJ. Suara SHM memang sedap dan unik