Khamis, 24 Mac 2022

Berilah Aku Kesempatan ini...

Semasa aku memandu ke tempat kerja tadi teringat pula memutarkan cd Aidul Mubarak oleh NadaMurni. Terimbau kenangan semasa anak anaku masih kecil dan istriku masih sihat untuk bergerak. Masa itu menyewa rumah di Kampung Jawa, Bayan Baru tak jauh dari tempat kerja.

                        

Break time kerja lebih kurang sama dengan time buka puasa. Aku akan balik ke rumah berbuka bersama keluarga. ibu_suri memasak ala kadar sahaja. Tidak dinafikan yang ibu_suri pandai memasak. Dia juga cepat dapat belajar dari resipi yang diperolehinya. Cumanya dia tidak terlalu rajin ke dapur...

Sebaliknya ibu_suri lebih suka menjahit. Semasa hampir Hari Raya, dia akan menerima banyak tempahan membuat baju raya hinggakan baju melayu aku dan anak-anak hanya siap last minute ( subuh Raya ). Bebel juga aku dibuatnya sebab ianya tidak bagus untuk kesihatan diri; menyekang mata semata mata nak siapkan tempahan. Bukan sangat sebab duit upah tapi sebab suka menjahit.

Ianya seperti mak aku dulu juga. Kebanyakan baju anak-anaknya seramai 8 orang itu dijahit sendiri. Dalam hal aini aku teringat kartun LAT satu masa dulu bila seluar si Mamat sama jenis kain dengan langsir rumahnya. Samalah dengan kami masa kecil dulu. Lebihan kain langsir rumah, mak buatkan seluar baju kami. Kadang-kadang kain poket baju tak sama dengan kiri dan kanan.

Aku amat berharap agar Ramadhan dan Syawal aku tahun ini aku dapat berbuat dengan lebih baik berbanding tahun tahun sebelum ini sebab aku sudah tiada ada tanggungjawap besar selain kepada diri sendiri sahaja.

Kalau dulu aku beralasan kerana keluarga aku tidak dapat nak membuat ibadah sepenuhnya di bulan mulia, maka kini sepatutnya tidak lagi.

Tuhan... Berilah kesempatan ini...


6 ulasan:

Mrs. A berkata...

Tukang jahit baju memang biasa jahit baju customer dulu last minutes baru buat untuk anak-anak dan suami itulah juga kawan Mrs. A selalu buat.

Dia memang ambil upah jahit baju ada kedai jahit dan seorang pekerja. Tapi raya tahun ni dia telah hadkan tempahan usia dah meningkat ni katanya seminggu sebelum syawal tak nak menjahit dah.

Ammi berkata...

Insyaallah..semoga Allah makbulkan doa Tuan.

Suria Amanda berkata...

Amin....semoga impian beribadah sepenuhnya di makbulkan....

Syazni Rahim berkata...

Aminnn

K.A. berkata...

InsyaAllah. Semoga sama-sama kita dapat mengecapi Ramadhan untuk kesekian kalinya lagi. Makin berganjak umur, makin rindu suasana lama. Isteri saya kerja misi, shit. Bulan puasa sangat terasa kekurangan terutama dari sudut beramal ibadat. Anak-anak kecil, tapi alhamdulillah setakat ini berjaya bangun awal sebelum sahur untuk sedikit solat sunat.

Memori menyambut ramadhan di rumah mak ayah... selalunya first ramadhan, mak akan masakkan sup keting, ayah bakar daging dan ikan tuka. Cicah air asam untuk berbuka. Lepas berbuka sama-sama bersiap untuk pergi terawikh. Ayah semenjak berkereta sendiri selalu bawa kami sekeluarga jelajah masjid dalam Kelantan untuk berterawikh.

SalbiahM berkata...

Insha Allah. Semoga diberi kemudahan dan kesihatan. Teringat kenangan berpuasa dulu-dulu memang menggamit jiwa