Khamis, 3 Mac 2022

Majlis AkadNikah Akhmal

28hb - Isnin baru ni, sempurnalah majlis akad nikah Akhmal dengan wanita pilihan hatinya sendiri - Fatin Nur Syafikah bt Kamaruzaman di pejabat agama Bukit Mertajam lebih kurang jam 10.30 pagi.

Dengan maskawin RM1,000.00 dan sebentuk cincin. Tiada hantaran, tiada majlis kenduri di pihak aku. Cuma majlis kecil di pihak perempuan.

Biras aku, Ismail Md Nor yang banyak membantu. Akong, Angah dan anak sulong biras aku yang ada bersama.

Aku rasa lega bila majlis akadnikah ini berlansung dengan baik.

Sekarang, Akhmal sudah ada keluarga sendiri. Dia sendiri berpesan kepada aku, usah diungkit kisah silamnya kepada siapa pun hatta kepada keluarga istrinya sendiri.

Aku pun akui hal itu. Biarlah ditutup buku lama kemas kemas. Buka sahaja buku baharu. Pandang terus kehadapan, usah toleh sejarah silam yang hitam.

Kini bilik tengah di rumahku yang sebelumnya adalah bilik Along dan Angah aku berikan kepada dia dan istri jika bermalam di rumah aku. Along yang sesekali sahaja balik akan menggunakan bilik Akhmal di sebelah dapur.

Rasanya, sempurna sudah tanggungjawap aku menjaga Akhmal. Dia pun nampaknya sudah menjadi seorang yang baik; tidak lagi nakal seperti dulu. Sudah bekerja walaupun gaji tak seberapa. Ada anak segera ( istri + kekasihnya dulu. )

Biarlah. Bagi aku kalau itu takdir hidupmu dan itubyang kamu pilih, ayah dorongkan sahaja agar prosesnya berjalan dengan cara yang baik.

Harap sahabat bloggerku semua, doakan yang baik baik buat Akhmal.

Aku bercadang, selesai urusan Akhmal dan sebelum datangnya Ramadhan, aku ingin berkembara barang sehari dua.

Mungkin menaiki keretapi ke KL dan lepak lepak di sana. Puluh tahun aku tak naik keretapi. Dan dah lama aku tak ke KL selepas era era reformasi dan berdemo di jalan Tuanku Abdul Rahman dulu...









6 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

Semoga berkekalan ke Jannah

Warisan Petani berkata...

Tahniah Akhmal
Semoga kekal bahagia selamanya

Azhafizah MN berkata...

Alhamdulillah..tahniah untuk Akhmal. Apa yang berlalu biarkan berlalu, semoga berbahagia sampai syurga. Aaminn...

Suria Amanda berkata...

Alhamdulillah...tahniah Akhmal..semoga menjadi insan yang lebih bertanggungjawab selepas ini...jaga keluarga baik- baik

SukaniMusik berkata...

alhamdulillah..
tahniah pak cik untuk akhmal..

Wak Lat berkata...

maskahwin seribu je tapi pelamin nmpk gah tuhh.. mana gmbr baby segera x join atas pelamin ke atokk.. 😅😅