Menyeretika pakaian adalah sesuatu yang malas bagi aku. Namun kebanyakan pakaian aku memang jenis kena seterika.
Semasa hayat istri aku ada, akulah juga yang 'terpaksa' menyeretika tudung tudungnya. kata dia, aku seterika tudung dia lebih cantik dari dia sendiri seterika. elehh... akai le tu.
Dah lah jenis kain licin, saiz tudung pula tripple XL. Tapi aku teringat kata kata sahabatku; jika sesuatu itu kita lakukan dengan perasaan kasih sayang walaupun cincai, hasilnya pasti memuaskan hati yang berkenaan.
Dah lama juga aku tidak menyeretika tudung istriku. Malah, pakaiannya pun dah lama aku tak basuhkan.
Tersimpan dalam storan entah sampai kapan...
4 ulasan:
Kerja yang paling berat untuk wak buat
Biar potong sawit pun tak apa
Sama lah saya paling malas nak iron,lipat baju n tukar sarung sofa..😁 Saya perasan lama tak tengok posting IM di fb.
Paling x suka atapi terpaksa buat
tersasa sedih juga mmenbaca coretan ini
Catat Ulasan