Akhmal call tadi. Beritahu yang dia +ve Covid. Dia kata otw ke klinik Bersatu untuk double check tapi kena RM80. Aku kata tak perlu kalau test kit tu dah menunjukkan kamu +ve. Balik je rumah dan berehat selama seminggu.
Bila check di klinik, keputusannya dia -ve. Terbang RM80.00. Tapi at least dia tak lah berterusan di'tipu' oleh keputusan dari test kit itu.
Hari Jumaat kelmarin dia sekeluarga berbuka puasa dengan aku. Memang begitulah dia bila hujung minggu. Datang jenguk aku yang bersaorangan di rumah. Hari hari bekerja, dia akan tinggal di rumah keluarga istrinya kerana dekat dengan tempat kerja.
Benar kata orang, bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian.
Yang selalu mengikuti tulisan aku ini tentu maklum betapa sengsaranya aku di tahun tahun sebelum ini. Tatkala istriku masih ada dan terpaksa menjaga kebajikannya. Tatkala Akhmal masih nakal dan keluar masuk penjara. Terperangkap dengan gejala dadah, mencuri dan bergaduh hingga ketahap hendak menyerang orang dengan pisau dan parang.
Sekarang, dia dah berkahwin. Walaupun awalnya aku agak ragu-ragu; sejauh mana dia boleh berumahtangga tapi nampaknya setakat hari ini rumahtangganya ok. Nampaknya pun dia dah tinggalkan perangai lama.
Istrinya pun walau masih berumur 23 tahun tahun nampak matang. Aku tak pernah malah tak perlu pun bertanya bagaimana istrinya boleh ada anak sendiri. Aku dah tua dan telah melalui banyak pengalaman. Aku boleh baca sejarahnya walaupun mungkin tak semua. Bagi aku selagimana sekarang ini aku lihat Akhmal dan istrinya baik baik sahaja, cukuplah setakat itu. Tak perlu korek hal hal lampau yang telah pun berada di dalam lipatan sejarah. Aku ikut resmi mak aku; tidak mahu campur tangan hal rumah tangga anak-anak. Biarlah mereka uruskan kehidupan berkeluarga mereka sendiri. Zaman mereka tidak sama dengan zaman kita. Stail mereka tidak sama dengan stail kita.
Masa lalu aku sendiri pun bukan maksum. Anaknya itu (aku tak gemar guna istilah 'tiri') pun aku anggap seperti cucu aku sendiri. Tidak ada bezanya dengan cucu aku yang lain ( anak-anak Angah ).
Bila ibu_suri sudah tiada di sisi dan Akhmal pun sudah kahwin, tanggungjawap aku jadi kurang. Hanya fikir hal diri sendiri dan urus rumah sendiri. Aku banyak masa lapang. Gaji aku yang ada ini walaupun sedikit terasa lapang juga. Tak macam dulu gelisah bila tengah bulan.
Makan minum aku pun lebih kurang sahaja. Berbuka puasa dengan bubur nasi dan sedikit kuih. Sahur, aku makan nasi goreng yang aku masak sendiri.
Rumah yang kecil terasa luas tetapi sunyi. Pinggan mangkuk yang dulu terasa seperti tak cukup kini tersimpan dalam almari dan berhabuk (ingat nak jual sahaja kat online).
Almari baju yang dulu sendat dengan pakaian aku dan ibu_suri kini separuh kosong. Pakaian lama ibu_suri ada yang aku buang dan yang masih baik aku simpan dalam storan.
Ya... Aku lebih banyak sendirian. Tidur sendirian. Makan sendirian. Bawa kereta pun sendirian. Agaknya, ini adalah latihan awal sebelum aku masuk ke liang lahad, sendirian.
Aku cuba mengisi masa dengan menonton tv, baca Quran, baca buku, dengar lagu dan membaikpulih rumah. Aku juga masih bekerja dengan syarikat sahabatku di siang hari dan sebelah malamnya mengurus Kelas Cepat Membacanya di Taman Desa Murni.
Enjoy life sementara aku juga pasti akan pergi mengikuti perjalanan ibu_suri...
6 ulasan:
Syukur kehidupan Akhmal dah semakin baik....semoga bertambah baik untuk selamanya
Ya... Saya memang teramat bersyukur.
Setelah ribut membadai, Allah hadiahkan pelangi nan indah.
Semoga semuanya bertambah baik. Ada betulnya pesan ibunya IM. Urusan rumahtangga anak-anak biar mereka selesaikan dahulu. Selagi campurtangan tidak diminta, selagi itu kita perhati sahaja. Banyak juga situasi saya jumpa, bila ibu bapa terlalu awal campur tangan urusan rumahtangga anak-anak, masalah makin besar.
semoga selepas ada tanggungjawab Akhmal betul2 berubah.
bukan bagaimana permulaannya, tapi kita tengok bagaimana pengakhirannya..
Mudah-mudahan Akhmal akan terus berubah menjadi insan soleh setelah ada tanggungjawab sekarang.
Tapi bagi kakcik, walaupun anak2 sudah ada kehidupan sendiri, hati ibu ini masih juga tertanya-tanya.
Catat Ulasan