Jumaat, 20 Mei 2022

Sebuah Catatan Di Kedai Minuman...

Nikmat Tuhan kepadaku ini terasa semakin berkurangan. Tenaga semakin lemah. Otak semakin malas berfikir. Cita-cita sudah tiadak ada. Tidak tahu bagaimana nak mengisi masa yang ada.

Aku perlu lebih banyak istighfar. Masa semakin pendek...




Rindu pada mak. Tapi akhir-akhir ini aku sedikit takut nak drive mengharungi lebuhraya ke kampung. Dan bila berada di kampung, aku tak tahu nak berbuat apa. Terasa boring bersendirian di sana.

Kalau aku yang masih boleh berjalan ke sana ke sini bercakap pasal boring, bagaimana agaknya mak aku yang lumpuh separuh pinggang ke bawah. Tentu dia lagi jemu duduk sahaja di bilik. 

Dan tentu dia rindu kepada aku, anaknya yang sulong, yang memberi ribuan kenangan kerana melahirkan....


2 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Mungkin wak boleh ajak anak- anak balik...semoga dipermudahkan agar rindu terlerai...

SukaniMusik berkata...

tetap tegar dan kuat pak cik..
saya ikut doakan dari jauh
semoga selalu di cucuri keberkahan dan kesihatan.

aamiin..