Isnin, 7 Mac 2011

Giliran Dia

Angah juga pernah berbuat begini semasa sekolah menengah dulu. 

"Mahu mencari siapa hakikat diri.Ayah ibu jangan susah hati. Angah akan balik satu hari nanti."

Mau tak susah hati. Mengalir lalu jatuh airmata ibu_suri ke dalam pinggan nasi ketika sahur bila mengenangkan Angah menghilangkan diri dari rumah tanpa kami ketahui sebabnya.

Uh, hari ini giliran dia pula. Setelah 2 hari aku tercari-cari, yang dapat cuma ;

"Asalammulaikum.. ayh ny ***** ayh.. tak pyh cri ***** smpai bla2 dh tau..thun ny ***** nk hdup sowang2 plak tpa fmliy..tpi stu jew **** mnta..***** nk mnta maaf awl2 ayh ibu angah..na nk tau kot ***** dh tak dk..smpai cni jew ayh jga ***** k..ayh ibu angah bwt cm ***** ny bkn ank ayh ibu angah k..skrg ayh ibu jgn risau psal ***** k. ***** dh bsar bleh fikir sndri......."

Tersandar aku di kerusi. Adakah ini balasan lantaran banyaknya dosaku padaMu, Tuhan?

Aku bangun ke arah pintu. Menerusi cermin aku memandang tempat dia selalu berdiri dan bersembang dengan kawan-kawannya.

"Tuhan... Selamatkanlah dia! Walaupun dia bukan darah dagingku namun aku tetap menerima, mengasihi dan menghormati dia. Sebusuk-busuk daging, kumasak, kucicah, kumakan jua."

Sabtu, 5 Mac 2011

Oh Laptopku!

Tak tahu nak cerita bagaimana. Laptop yang aku sayangi boleh hilang dalam sekelip mata. Laptop yang aku beli dari duit yang aku kumpul sejak umur 22 hingga hari ini boleh lesap tanpa sebarang ucap pamit.

Aku tak sempat guna sepenuhnya laptop itu. Simpan dan hanya menggunakannya bila bawa ibu_suri berjalan jauh. Simpan dengan hasrat untuk menggunaknnya bila sudah pencen nanti. Bilamana masa itu tinggal aku seorang sahaja mengisi sisa-sisa hidup yang ada dengan kerja-kerja amal. Itu cita-citaku. Cita-cita yang tersorok jauh ke dalam dada.

"Hati ayah bengkak. Ayah cukup kecewa." luahku kepada Angah.

Tapi mereka atau dia tak rasa apa-apa. Mereka atau dia  tak tahu apa-apa. Mereka atau dia masih muda. Masih belum jerih membahu beban dunia.

Apa yang dapat aku kata. Hanya menarik nafas panjang dan dalam serta redha.

"Susah menjadi lelaki tak pandai marah macam ayah." getus ku lagi.

Angah hanya memandang dinding di hadapan yang bisu dan kaku. Kasihan Angah, selalunya menjadi tempat aku meluahkan rasa kesalku. Kalau tidak pada dia, pada siapa lagi!


foto hiasan dari farid scorpio

Jumaat, 4 Mac 2011

Smile

Every sunset gives us one day to live but
Every sunrise gives us one day more to pray
Any my prayer is that you are safe and happy

A good plan of today is better that a great plan of tomorrow
Look backward with satisfaction and look with confidence.

The joy that you give to others is the joy that flows back to you
A happy heart makes a cheerful face
May your day be as happy as your heart.

Smile is the lighting system of a face
Cooling system of the heart
Boosting system of the mind
So keep smiling…..





sumber: email

Rabu, 2 Mac 2011

BEST

Aku dapat tahu,  bermula semalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan khidmat bas percuma (BEST) kepada semua kakitangan kilang. Operasi 16 buah bas adalah untuk lima hari seminggu dari  6 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7 petang bermula di Seberang Jaya. 600 petak parkir dengan cas seringgit disediakan untuk kemudahan mereka yang mahu meninggalkan kereta. Bas akan membawa mereka ke kawasan perkilangan di FIZ Bayan Lepas. Aku kagum dengan inisiatif ini. Bukan saja boleh mengurangkan kesesakan jalan, menjimatkan duit minyak, mengurang kesan negatif alam sekitar malah bagi yang bijak boleh mengisi masa dengan membaca akhbar.

Foto dan fakta ihsan dari  sini
Aku merasa naik bas ke kilang semasa baru menjadi juruteknik  sekitar awal 80an dulu. Tapi kerana terpaksa selalu balik lewat untuk kerja lebih masa aku membeli basikal racing. Bila dah kahwin barulah aku menaiki motor Suzuki 100cc dan bila ada anak barulah membeli kereta Mitsubisi Lancer 1.4cc.

Seronok juga bila mengingatkan masa-masa itu. Terpaksa bangun awal pagi menunggu bas di pinggir jalan. Kebanyakan menaiki bas kilang adalah operator pengeluaran yang rata-ratanya perempuan. Jadi, bila bas tiba aku tak sanggup nak berebut dengan mereka. Jadinya aku akan berdiri dekat tangga bas kalau tempat duduk udah penuh.

Bas kilang dulu bukan macam bas kilang sekarang. Ianya adalah recycle dari bas ekspress atau Bas Bandaran macam Yellow Bus milik hartawan Boon Siew.

Aku teringin nak naik bas BEST itu tapi bila difikirkan ada benar juga nasihat dari kawan-kawan. Kalau ada apa-apa kecemasan di rumah, aku akan bermasalah untuk balik segera. Kekadang, antara kemudahan sendiri dengan kepentingan keluarga, memilih kepentingan keluarga itu terpaksa didahulukan walaupun  ianya menidakkan kehendak naluri. Namun mungkin ada masa-masanya aku akan berkesempatan untuk naik. Rindu pula nak baik bas sebab dah terlalu lama aku memandu kereta  ke tempat kerja mengharungi trafik yang selalunya jem.

Selasa, 1 Mac 2011

Sembahyang Dalam Kereta

2 hari di ujung minggu baru ni banyak masa dihabiskan membawa ibu_suri jalan-jalan. Hari Sabtu ke Selatan dan hari Ahad ke Utara. Saje jer.. jalan tanpa tujuan. Boring..boring.. itu jerit ibu_suri sepanjang hari yang silih berganti hinggalah ke ujung minggu.

Menjadi masalah juga bila hendak singgah di masjid yang tidak ada kemudahan untuk orang yang uzur macam ibu_suri. Tiada kerusi yang boleh digunakan untuk sembahyang duduk. Malah lebih sedih, ada masjid yang tempat solat wanitanya di tingkat 2. Yang tandasnya jauh dari ruang solat, tiada paip air malah kotor dengan pam yang rosak.

" I sembahyang kat rumah aje lah.." Akhirnya ibu_suri rasa kecewa.

"Takpa, you sembahyang dalam kereta saja. You masih ada air sembahyang kan?" Hem, seperti selalu ibu_suri boleh pertahankan wudhuknya dalam tempoh yang agak lama berbanding aku yang cepat batal kerana selalu saja keluar 'angin'.

"Macam mana?"

Aku membelokkan kereta supaya betul-betul menghadap kiblat dengan berpandukan arah ruang solat. Aku ambil sarung tangan ibu_suri yang memang aku ambil siap-siap dari rumah.

"Boleh ke sembahyang begini sahaja? Tak payah telekong?"

"Tak payah. Asalkan tutup aurat. Baju dan tudung ni dah lebih dari ok."

Wajah aku direnungnya minta kepastian. Dan aku memang pasti. Itulah untungnya pengalaman aku bermuqayyam dan bermusafir bersama-sama teman jamaah. Kesemua ini aku dapat pelajari di sana. Yang penting, sembahyang tiada istilah qadha-qadhaan...

Mujurnya, kereta aku bersih kerana aku memang selalu menjaganya agar dalam keadaan tip top! Pada aku, kereta adalah keperluan ke 3 selepas rumah dan komputer.

Lagipun, hanya kami berdua sahaja yang menggunakannya. Anak-anak cuma sesekali...