Ahad, 15 November 2009

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Waktu itu aku di tingkatan 4 Sains 3, awal tahun 1976 Sekolah Raja Chulan, Ipoh, Perak. Cikgu Bahasa Malaysia, Puan Habibah, kalau tak silap, mahu kami mengadakan Berbalas Pantun. Pelajar lelaki vs pelajar perempuan.

Walaupun aku ini dikategorikan sebagai pelajar yang pendiam lagi pemalu terutama bila berada di kalangan perempuan namun subjek Bahasa Malaysia adalah subjek kegemaran dan berpantun adalah keterelelan aku.

Sesi jual beli pantun bermula. Semua murid diam bila cikgu Habibah mula menawarkan siapa yang hendak mula dulu. Aku ini mau tapi malu.

Tiba-tiba seorang pelajar perempuan mengangkat tangan. Melati namanya. Perempuan tinggi lampai. Raut wajahnya juga menunjukkan dia seorang yang mahal senyuman. Aku pun bersedia untuk mencatit isi pantunnya.

" Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada. "

Udah tentu pelajar perempuan lain pun gemuruh memberi sokongan. Pelajar lelaki semua diam.

Apa punya pantun daa.... ciplak, getus hatiku.

" Siapa nak jawap ni? " Cabar cikgu Habibah sambil melempar pandangan kepada kami pelajar lelaki yang kebanyakkannya lebih gemar duduk di belakang termasuk aku.

Aku pun memberanikan diri selepas ligat menulis sesuatu atas kertas.

" Memangku puan si Dang Nila,
Berembang buah pedada,
Gila tak gila aku peduli apa,
Burung tu cantik, aku suka pada dia.. "

Dan seluruh pelajar lelaki, wuuuuuuu..........

Aku duduk semula di kerusi dengan berpeluh-peluh rasanya.

Matilah aku. Mesti dia dendam kat aku nih, bisik hatiku.

Dan memang seperti yang kuduga tadi. Sok..sek.. di belakang memberitahu aku Melati mengondem pantun aku. Pantun ntah apa-apa, katanya. Takada nilai seni lansung.

5 ulasan:

maiyah berkata...

ekeke.. bik kau.. pantun gak :D

ain fathihah berkata...

haha
sempoi punya pantun
cayalah!

zai berkata...

hahaha...tak sangka mamat yang pendiam dan pemalu boleh membalas pantun macam tu..kelakar betulla !!! Sekarang dah tak berbalas pantun dengan ibu_suri plak ke ??

kakcik berkata...

dapat bayangkan IM berpeluh2 selepas menjawab pantun tu :)

dhia nor hashim shah berkata...

haha nice pantun la..