Halaman

Rabu, 28 Julai 2010

Hospital BM...3 - Caj Talipon

Masuk hari ke 2 aku di hospital, tenaga bateri talipon selular aku makin kehabisan. Memang akan susah aku jika bateri talipon ini tidak dicaj semula. Keperluan aku untuk menalipon dan menghantar mesej akan terbantut.

Aku teringat perbualan aku dengan Angah semalam;

"Tadi ayah pergi beli ayaq dan paper kat HospiMart. Ayah ternampak iklan untuk caj talipon. First time la ayah jumpa ada kedai boleh kita caj talipon. Tak sangka, caj talipon pun boleh dibuat bisnes."

"Boleh percaya ke ayah? Tak hilang ke?"

"Boleh la kut. Kalau ada kes hilang tentu ada orang repot polis. Tak boleh berniaga la depa tu!"

Jadi, aku pun beritahu ibu_suri hendak turun sekejap mengecaj talipon.

"Encik datang dalam 2 jam dari sekarang," beritahu staf kaunter setelah aku mengisi butiran nama, nombor KP dan jenis talipon ke dalam buku rekod.

"Encik off talipon ni dulu, ya!"

Dan setelah 2 jam, aku kembali dapatkan talipon selularku. Aku senyum sendirian bila melihatkan petunjuk bar bateri aku menandakan cukup caj.

Berguna juga perkhidmatan caj talipon ini bagi orang-orang yang sesak macam aku, fikirku.

Kalau Husin Lempoyang tahu tentu dia juga akan berkata;

"Dunia... dunia... Berniaga caj talipon lagi untung dari berniaga unta.... WOW!"

18 ulasan:

CITY® berkata...

salam,

heheheheh...
zaman ini manusia cepat berfikir, apa lagi benda2 yg mampu jana duit.

semoga ibu suri kembali sembuh spt sedia kala dan bro im sentiasa diberia kesihatan yang baik dan tabah hendaknya. amin

a kl citizen berkata...

bagus juga kan...
untuk orang terdesak begini
janji rezekinya halal

terbaru dari saya : resah sentiasa akan menggigit

hj atan berkata...

itulah yg katakan sumbangan kecil impak basar

hentian berkata...

bagi mereka yang berfikiran bisnes, semuanya dilihat sebagai penjana pendapatan.

Ariff Budiman berkata...

Pandai juga depa bisnes. Disaat kita amat memerlukan ia menjadi pembantu semangat kembali

DDrfauziah berkata...

Aslmkm IM.
Mungkin di tempat itu ia adalah sesuatu yg baru ... tapi sebenarnya service ni sudah lama ada IM ... mungkin bermula di kota & bandar la.
Mmg benar orang yg cepat melihat peluang & memanafaatkannya akan mendapat keuntungan ... Asas Dagang! :)

hentian berkata...

kira ok la.. rm1.50 untuk full charge bateri berbanding dengan keperluan.

IM agak pun ini bukan bisnes baru. cuma IM baru pertama kali jumpa. kagum juga...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,


di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


ada saja idea mereka yg berniaga ni..

Acik Erna berkata...

IM..memang berguna..kat hospital ada tempat macam tu sebab kalau kita bawak charger pun..dia orang tak bagi caj tipun kan..

hentian berkata...

nama pun manusia. tuhan bagi akal. banyak la idea nya.

memang, kat wad takada socket outlet untuk plug. mungkin untuk keselamatan pesakit..

ibuintan berkata...

rasanya dah banyak hospital yang ada kedai menyediakan khidmat cas bateri talipon ni, elok juga ...kemudahan kepada waris yang menjaga pesakit..
berniaga sambil menolong orang yang dalam kesulitan

Ahmad Habuna06 berkata...

Salam,
bagus juga idea tu. Bukan setakat bisness je, tapi bagi kita orang islam kena ingat ia sebagai satu sumbangan amal yg baik disamping bisness.

bearcat berkata...

Lama dah servis ni ada. Tapi baguslah kalau depa amanah. Buatnya depa tak amanah, abihlah nombor-nombor penting dalam tu. Seeloknya pasang no pin pada hs. Dunia la semua tak buleh percaya. Baik berjaga-jaga.

hrusli61 berkata...

Charge handphone bukan hanya di rumah, di kereta pun boleh dan IM jumpa di kedai dalam hospital pun ada.

Mari kita fikir lebih jauh lagi untuk charge IMAN kita pun ada di mana-mana walaupun kita yang dalam kesempitan pun kena charge IMAN ini.

Semasa senang kena solat, semasa susah pun kena solat. Di rumah kena solat, di tempat kerja kena solat dan di hospital pun kena solat.

Surau, masjid dan madrasah ada di mana-mana dan sedang menunggu kita untuk singgah sahaja.

Sudahkah penuhkah charge 'batteri 'diri kita semalam?

kakcik berkata...

Kalaulah ada perkhidmatan sebegini masa kakcik ke KK, tentulah tak ada masalah ungtuk kakcik menghubungi dan dihubungi... :(

ninie's corner berkata...

zaman skrg...ramai yg bijak...mcm2 idea utk menambah pendapatan...

hentian berkata...

ya tak ya... jangan lupa charge rohani kita. bukan setakat 5 kali sehari tapi lagi lebih lagi baik.

tak payah bayar pulak tu...

cikpepel berkata...

pakcik husin lempoyang pun tumpang glemer..hee