Halaman

Ahad, 18 Mac 2012

Melayu di Pulau Pinang

Meratus sepanjang hari. Sakit pinggang, getus ibu_suri. Apa yang aku boleh buat hanya gosokkan minyak kayu putih di pinggang ibu_suri. Kemudian aku ajak ibu_suri bersiar-siar. Aku tahu, dia jemu memerap di rumah sebenarnya.

Malam, aku melewaq ke Mini Uptown di Bandar Perda. Ramai orang Melayu berniaga. Sendat, sibuk dan hiruk pikuk. Teringin nak makan nugget, ujar ibu_suri. Aku faham tu. Aku ambil 4 cucuk pelbagai saiz yang mungkin pelbagai rasa. RM4.

Kemudian aku meluncur pula ke arah Perai. Lalu di depan Dewan Abdullah Ahmad Badawi. Ramai orang berkerumun. Ooo.. Rupanya ada konsert Rock di padang. Ramainya orang Melayu juga. Di skrin besar terpampang wajah Nash dengan lagu Debunga Wangi. Melayu juga.

Aku beralih ke Penang Sentral. Stesyen bas sementara setelah peristiwa jeti runtuh 1988 dulu. Lamanya peristiwa itu hingga kini jeti baru belum juga siap-siap. Teringin nak makan jeruk, pinta ibu_suri. Kat sini Jeruk Madu Pak Ali memang terkenal. Kalau siapa datang sini mesti beli. Rasanya manis dan rapuh. Hmmm... Kat sini pun aku tengok ramai Melayu juga.

Habis, macam mana statistik yang mengatakan orang Melayu di Pulau Pinang terpinggir? Agaknya terpinggir sebab mereka meriah cuma di tepi jalan sedangkan bangsa lain meriah di longue, hotel atau pasaraya besar.

Kalau di industri, Melayu cuma takat jadi operator tapi boss ramainya bangsa lain. Orang Melayu ramainya jadi penagih dadah atau pembeli CD cetak rompak sedangkan bangsa lain adalah penjual dan pengedar. Orang Melayu cuma nelayan di laut sedangkan taukeh yang membeli dan menjual di bandar adalah bangsa lain.

Errr... bukan semua Melayu Pulau Pinang gitu. Pak Ali contohnya... amat membanggakan kerana jeruk keluarannya memang hebat!

14 ulasan:

Anonymous one berkata...

Walaupun bersahaja perkongsian IM seperti selalu tapi perkongsian IM tidak pernah kosong mesti membawa makna yang sangat mendalam.

Alhamdulilah AO dapat baca apa yang IM kongsikan.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Bila IM sebut jeruk Pak Ali teringat sos Aminah Hassan dah susah nak dapat sekarang ni..

kakcik berkata...

Dengarnya kebelakangan ini Melayu Pulau Pinang amat terpinggir. Benarkah? ;-)

insan_marhaen berkata...

ao,
IM cuba membawa mesej kepada dalam setiap entri. Cuma samada pembaca IM perasan atau tidak.

Berkongsi melalui pengalaman sendiri lebih berkesan. Itu yang IM belajar dari ibu_suri ketika ibu_suri aktif dengan grup kaunseling semasa dia masih sihat dulu.

werdah,
betul lah. kat sini pun jarang IM jumpa.

kakcik,
nanti IM buat satu entri tentang ini berdasarkan perbualan IM dengan rombongan pengantin lelaki - suami Qida.

Mak Wardah berkata...

Maaf IM. Ini pendapat saya. Melayu terpinggir adalah mereka yang gagal dari segi penjanaan pendapatan & perpaduan Melayu itu sendiri. Melayu perlu barsatu hati tak kira apa fahaman politik sekalipun. Melayu harus pegang bendera Islam barulah kita tidak terpinggir. Salam perkenalan.

Citarasa Rinduan berkata...

assalmualikum IM..
lambat bak siput ayu kesini..
maklumlah sibuk berhujung minggu melayan pelanggan

IM, ayu study di poli PSP tahun 99-2001..
dulu perda tu kosong.. skrang byk pembaharuan....

agak2 kalau kesana, ayu tak tahu dah jalan....

Anonymous one berkata...

hehe Alhamdulilah IM, hebat juga ya ibu suri patutlah mendapat suami yang hebat!

Semoga kesihatan ibu suri semakin baik.

insan_marhaen berkata...

mak wardah,
betul tu. melayu kita telah dimomokkan oleh melayu kita sendiri.

cr,
perda dulu dan sekarang memang banyak berubah.

ao,
kalau baca catatan tentang ibu_suri, banyak lagi keistimewaannya semasa dia sihat dulu.

siti murni berkata...

salam IM..

lama tak jengah sini.

dari satu sudut..ada jugak melayu terpinggir. melepak di konsert tu pun..tak ada kebaikannya..tapi yang penuh -- melayu. sekadar pandangan.

tapi pak ali tu memang antara contoh usahawan melayu yang boleh dibanggakan..brand jeruk tu dah cukup terkenal..merata-rata boleh dapat. harap2 lebih ramai usahawan melayu berjaya seperti pak ali.

Kamsiah berkata...

takkan melayu hilang di dunia...:)
nak cari port melayu-pasar malam,jom heboh,ekspo2...

NzA berkata...

sebab tu sekadar baca dan dengar omongan tu...kita bukan tak pernah jejak kaki ke negeri2 seluruh Msia.....kta sendiri dapat menilai segalanya...

Dinar berkata...

IM, kalau mcm ni boleh nnti ke penang singgah beli jeruk pak ali tu..support biz org melayu..

ujang kutik berkata...

Tuan IM,

Ya,Melayu Pulau Pinang agak unik sedikit kerana satu-satunya negeri berKM bukan Melayu sebelum dan selepas 2008.

Anonymous berkata...

nak kata terpinggir ..xtahu la nk kata mcm mn.. sbb perk xnmpk scr terang2an. klu nk beli rumah di penang, penduduk penang kena daftar dl dgn kerajaan negeri. bila ada projek perumahan, bru diaorg akn maklum pd yg layak (itupun klu nsb baik).menurut seorg rakan, klu dl, rmai gak org melayu yg layak.klu xlayak pun, leh jmpa mn2 YB untuk menyokong rayuan. ttp skrng ni sgt sukar utk org melayu. ayah sedara sy yg dah menjangkau usia 50-an dan dh lma berdaftar dgn kerajaan negeri, sehingga hari ini belum diberi peluang atau offer utk beli rumah di Penang walaupun punyai simpanan yg cukup dan mampu mmbeli sebuah rumh. itulah yg digusar skrng. dan sy xtahu bgaimn nasib sy pd ms akan dtg.disebabkan nilai hartanah di penang tinggi, rumah atas tanah semua berharga RM300k-1juta.yg org melayu mampu beli hyalah sebuah apartment 3 bilik(kos sederhana), flat kos rendah... rumah2 teres dan banglo(rumah atas tanah) majoritinya kaum lain yg mendudukinya. ttp msh terdpt kwsn kg org melayu(alhamdulillah).. rata2 melayu yg bekerja di penang ini adalah dr kalangan org luar spt org kedah, kelantan...