Halaman

Jumaat, 16 Mac 2012

Pengorbanan

Najmi dan Qida

Membawa ibu_suri bersiar-siar seperti selalunya seusai rehat dari balik kerja agak mententeramkan. Riak ibu_suri yang tampak ceria buat aku selesa membawa kereta. Nak makan KFC, boleh? 

Aku angguk saja walaupun sebenarnya dalam kocekku cuma ada beberapa ringgit sahaja selepas memberi kepada Akhmal yang kononnya mau menukar rantai dan sproket motor yang haus.

Sekarang ini, setelah bertahun-tahun aku melalui pelbagai liku-liku hidup yang begitu perit, aku menjadi seperti mangli. Sekarang ini, walau apapun berita, kesukaran dan kekurangan yang aku sedang hadapi, aku akan bersikap biasa sahaja. Tangkap rileks. Tak mahu tampak serabut.

Duit dalam poket dah nak habis? Tak apa. Adalah nanti rezeki Tuhan bagi dari mana-mana sumber! 

Di kampung baru-baru ini pun sama. Walaupun ibu_suri sebenarnya membuat ragam, namun aku bersahaja dalam berhadapan dengan situasi itu. Bayangkan, kalau ibu_suri dan mak aku seperti tidak ngam. Orang lain tak perasan tapi aku tahu dan menyimpannya.

Hari Sabtu aku sampai di kampung. Majlis berendoi Marissa lepas waktu Zohor dan esoknya majlis walimah Qida - adik bongsuku dengan Najmi. Malamnya aku bergegas balik semula ke Penang. Tinggallah kendara setelah tamat kenduri yang pastinya terpaksa diuruskan oleh adik-adikku yang lain.

Seperti terasa adik-adikku bersungut dan berkata;

"Apa le Yeop ni. Kendara tak selesai dah kelam kabut nak balik."

Hurrmmm... Kalau begitu sangkaan kalian, sebenarnya kalian silap. Yeop sebetulnya tidak mahu perkara yang tidak elok berlaku. Justeru, Yeop korbankan kesemua kepentingan Yeop demi menjaga keharmonian keluarga; keluarga Yeop dan keluarga adik-adik Yeop.
 
Harap kalian faham. Dan doa Yeop agar kalian tidak menerima ujian seperti yang Yeop alami kerana Yeop tak pasti samada kalian akan tahan atau tidak sepertimana Yeop masih bertahan hingga hari ini!

16 ulasan:

kakcik berkata...

Orang takkan cuba mengerti apa yang kita hadapi...

Kamsiah berkata...

salam
bkn senang berlagak tenang...
disaat hati dan persekitaran yg mencabar kesabaran...

NzA berkata...

Hanya kita yang tahu masalah kita...Apu pun yang penting orang2 sekeliling bahagia....

ainnoraini berkata...

hanya yg mengalami jer memahaminya...

sabar ye IM

insan_marhaen berkata...

kak cik,
tak salahkan mereka juga. mereka tak mengerti kerana mereka tidak tahu hal sebenar.

kamsiah. betul, bukan senang. ia memerlukan kekuatan mental dan rohani. apapun, pengalaman mengajar semua itu.

nza,
betul. bila orang keliling bahagia, kita tumpang rasa lega dengan menumpukan masaalah berkaitan diri kita sahaja.

ainnoraini,
betul. hanya jauhari yang mengenal manikam. hanya orang yang jatuh sahaja kenal erti sakit.

aznimatisa berkata...

Assalamualaikum yeop,

Sangat setuju dngan kata2 yeop. Sebenarnya dah lama mencari2 perkataan itu Mangli.
Tabah dan bersabar itu sebahagian dari iman kita, tetapi tenang wajah, tenang hati bila melaluinya bukan suatu yang mudah. Kita tahu apa yang kita lalui dan bagaimanakah cara2 untuk menyelesaikannya kerana kita selalu meletak cinta Yang Maha Pengasih itu diatas segala-galanya. Seperti kata pak menakan ku suatu ketika dulu, bila diri dilanda ujian..manusia hanya/suka/selalu merancang, tetapi kita kadang kala terlupa..Perancang, engineer, arkitek yang Terhebat untuk hidup kita ialah Allah Taala. Dia tahu yang terbaik sekali untuk kita dan mengapa kita yang dipilih, bukannya insan lain. Mudaha2an Yeaop terus tabah dengan bantuan Nya. Insyallah.

Teruskan menulis dari hati yeop.

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Tak aperlah asalkan jalan yang IM pilih tu mententeramkan semua orang termasuk diri sendiri tidak tertekan.

Mario berkata...

itulah namanya pengorbanan....harap2 bro terus tabah dan sabar

hrusli61 berkata...

Aku pula lain IM, bila ada berita yang cemas aku akan terasa hendak ke bilik air.

Arwah abah aku pun sama.

Anonymous one berkata...

Magli, perkataan yang sukar untuk di mengerti kerana aku masih hijau namun bertandang di sini membuatkan aku faham pra mangli yang mungkin bakal aku tempuhi di masa hadapan, sungguh ujian kita berbeza harap IM sentiasa tabah dan sentiasa berkongsi dengan kami di sini.

AO sendiri pernah menggunakan perkataan magli untuk satu situasi tapi ao rasa situasi yang ao hadapi tidaklah sehebat IM mungkin suku pun tak sampai dugaanya tu.

Anonymous one berkata...

terima kasih IM atas pencerahan =)

insan_marhaen berkata...

aznimatisa,
tkasih kerana membaca n link blog Yeop. Walaupun sebenarnya berat untuk menulis secara telus apa yang ada di hati tapi itulah realiti penulisan Yeop.

Setahu Yeop, menulis dari hati lebih memberi kesan kepada yang membaca.

Muga menjadi perkongsian terbaik antara kita.


kunang-kunang,
menuis juga mengurangkan tekanan jiwa yang dihadapi.

mario,
tkasih atas dorongan.

hrusli61,
ha..ha.. lain orang lain fe'elnya.

ao,
perkataan mangli tu bahasa Penang. Mungkin juga berlandaskan bahasa India Muslim di sini seperti juga perkataan maplei ( mempelai ).

ashrafi berkata...

Assalamualaikum Tuan.

Semoga Allah memberkati. Amin, amin...

aku HIV positif berkata...

menyelusuri dan belajar sesuatu dariada rentetan perjuangan IM. tahniah!

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Bialah tindakan yang IM ambil tu disalah sangkakan orang namun itulah terbaik bagi IM, hanya IM yang mengerti...bertindak menghindar tu lebih baik kan

LadyBird berkata...

kenapa ye uncle im? ibu suri xleh lama2 tempat crowded ek.. smg uncle sentiasa tenang dan tabah.. ameeennn..