Halaman

Isnin, 19 Mac 2012

Aii... Pak Cik nih!

Balik dari riadah di Tasik Mengkuang Sabtu lalu aku ternampak pak cik ini ketika menunggu lampu merah.


Memang kerap aku jumpa beliau terutama di pekan Penanti. Selalu berpakaian hitam lengan panjang. Songkok hitam. Kasut hitam. Reben hitam. Tampak kemas.

Sayangnya, di bibir beliau tidak pernah lekang dengan batang rokok. Dan di dalam porch bag yang terikat di pinggangnya tidak pernah kosong dengan lebih dari sekotak rokok.

Terfikir olehku, orang lain semua sibuk dengan aktiviti kebajikan untuk mengelokkan masyarakat, pak cik ini masih ada masa berlegar ke sana ke mari dengan gaya yang tersendiri.

16 ulasan:

iBu...gUru berkata...

IM........... time saya sekolah dulu
kat station bus BM selalu saya jumpa seseorang yg sangat dikenali disitu iaitu Pak Chat yg sentiasa dgn payungnya. ada org cakap dia x betul tapi dia sangat baik dgn budak2 sekolah bila dia hulurkan duit mesti ambik kalau tidak ..... semua org akan pandang kita...

Anonymous one berkata...

hai pak cik semoga hidayah menusuk masuk ke jiwa.

Kamsiah berkata...

IM...tiap kali jumpa,beliau sentiasa berpakaian serba hitam ke?

kakcik berkata...

Dia dengan 'dunianya'.

insan_marhaen berkata...

ibu_guru,
kekadang IM terfikir, orang yang macam tu agaknya Special Branch sebab tak lama lepas tu dia tak nampak dah...

ao,
IM juga harap begitu. pak cik kelihatannya sihat dan sepatutnya sihat itu diguna sebaiknya ke jalan Allah.

tapi mungkin juga seorang yang lebih baik dari IM. IM tak tahu.

kamsiah,
memang, dia selalu berpakaian hitam/ itu trade mark dia.

kakcik,
yalha... macam IM dengan dunia IM!

a.samad jaafar berkata...

Kalau saya..saya akan dekati pakcik ni..saya suka mendekati warga emas sebegini..tentu ada yg menarik pada dia.. Mungkin krn sy mmg mengasihi golongan tua ...

Dinar berkata...

IM, pak cik serba hitam telah berjaya mencuit dan meletak dirinya dalam hati org sekeliling yg sering bertemu dgn nya...

Wanpetunjuk berkata...

En. IM, rasanya pakcik tu tidak punyai waris. Sebab itu dia tidak fikir utk mengelokkan rakyat dan kerajaan.....

Apa2pun...mungkin pakcik itu punyai byk keistimewaan...

LadyBird berkata...

stp pg lady g keje, ldy selalu jumpe pakcik bw kerete di tengah line lady :D.. lady nak ke kiri xleh, lady nak ke depan pun xleh.. :).. stress jugak.. :D..

aku HIV positif berkata...

manusia dan peristiwa utk direnungi dan dipelajari :)

insan_marhaen berkata...

a samad jaafar,
cara tu memang tercaik. Dekati dia dan menyelami kisah hidupnya yang mungkin berwarna warni.

Dinar,
masing-masing kita punyai keistimewaan sendiri dan tempat tersendiri dalam masyarakat.

wan petunjuk,
hem... pak cik yang penuh misteri.

ladybird,
takpa. biar dia dengan laluannya tu. kesian dia.

ahp,
setiap kita dan peristiwa adalah kejadian Tuhan yang mengandungi rahsia yang boleh diambil iktibar.

ainnoraini berkata...

Mungkin pakcik tu ronda2 menghabiskan masa waktu lapang dia...

Temuk berkata...

Punyai motor, mampu ke sana sini, mampu membeli rokok, dan sentiasa berpakaian seragam: ini semua boleh tunjukkan boleh tahan juga 'ekonomi' Pakcik tu. Minta-minta dia miliki kerja yang baik dan kesedaran mendalam untuk memperbaiki diri kemudian nanti.

insan_marhaen berkata...

ainnoraini,
macam IM juga, hujung minggu pi jogging kat Tasik Mengkuang.

Temuk,
Tapi mungkin juga pak cik itu dulu seorang yang hebat. tak siapa tahu!

hrusli61 berkata...

Pak Cik Itu tinggal di Mengkuang Titi. Isterinya pakar urut traditional. Dia mungkin keturunan siam. Ramai datang berubat dengannya dengan masalah-masalah peribadi.

Merantau banyak tempat sebab itu suka bercerita. Ambillah sedikit masa dan selami jiwa orang tua ini.

Tentu banyak rahsia yang boleh disingkapkan.

Saya sudah merasakannya.

Dia bukan sebarangan orang.

Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar.

radziah AR berkata...

selalu nampak pak cik ni di market penanti