Halaman

Rabu, 21 Mac 2012

Ruzaili's - Gerai Burger

Kalau ingat nak beli burger, memang kat sinilah aku selalu membeli. Ntah kenapa. Nak kata sedap, aku jarang makan sebaliknya beli untuk anak-anak atau ibu_suri je. Aku kurang gemar makan yang ceng gini.


Pernah aku bertanya; Tak takut ke berniaga hingga jauh malam di depan jirat Cina ni?

"Dah biasa. Buat masa ni belum pernah jadi apa-apa."

Rasanya aku kenal dia ni sejak dari belum kahwin hingga sekarang dah ada 3 anak. Gerai burgernya tak jauh dari simpang ke Pekan Penanti dan Kubang Ulu memang buka selalu kecuali hari Isnin; tutup kerana ada Pasar Malam. Mungkin itu hari rehatnya bersama keluarga.

Pernah aku terfikir untuk suruh Akhmal berniaga burger sahaja. Aku keluarkan modal dan mulakan perniagaan bersama Akhmal. Kemudian bila agak sudah boleh dipercayai, aku biarkan dia urus sendiri. Pada aku, jika benar-benar rajin dan pandai berurusniaga, huihh.. boleh hidup senang juga.

Walaupun dah mulai banyak gerai burger tumbuh di keliling pekan Penanti ini, aku perhatikan gerai ini tetap ramai pembelinya. Dalam pada tekun dengan perniagaan, ibadah pada Tuhan jangan pula diabaikan.

6 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

tahniah bt anak muda itu.. dari bujang hingga beranak pinak masih mengekalkan perniagaannya
sebenarnya kan IM, hanya yang ada minat kearah perniagaan y boleh tahan menghadapi dugaan perniagaan..

selalunya kalau ada ketabahan pasti berjaya..
cubalah pupuk ke diri akhmal

Ibu n Abah berkata...

IM..
Jika akhmal mahu berniaga, tentu ibu suri suka duduk di gerai burger tu.. Terhibur juga ibu suri lihat gelagat pembeli....

Kamsiah berkata...

salam IM..saya pun tak gemarkan beger...sesekali ada jugak merasa tp kat kfc atau mc d...

Anonymous one berkata...

Saya kaki burger gak IM. zaman belajar dl ada pak cik2 yg paginya berkolar putih malamnya berniaga, biasalah mencar rezek. student pun banyak buat part time jual burger.

apa yang penting usaha pasti berhasil

Deru Ombak berkata...

Salam IM..
Adeh, lama x meninggalkan jejak di sini.. Sorry IM.

Saya suka burger banjir.. Haha

Jual burger boleh senang mcm org lain gak IM.. Kat kawasan rumah saya, budak muda ni start satu gerai, skarang dah Ada 3 cawangan.. See!!

Boleh cuba untuk akhmal.. InsyaAllah boleh !

maro rozalez berkata...

owh..gerai ni lah yang dimaksudkan.
saya satu opis yang adik kepada pemilik gerai burger yang dimaksudkan itu.

Katanya abg dia bukak gerai itu kira 12-15 tahun dah. Dah boleh beli rumah besar dengan hanya bisner gerai burger itu.

Itulah dikatakan 'dimana ada usaha, disitu adalah lah kejayaannya'

Adik dia pun hebat..PTD kat Putrajaya ni. hehe.. Rul, aku respek kat abg ang.