Khamis, 22 Mac 2012

Blog Picisan

Aku mula menulis blog sejak hujung 2008. Ketika mana ibu_suri disahkan menghidap bipolar disorder oleh pakar Psikiatrik Hospital Besar Pulau Pinang. Aku banyak menulis kisah hidupku sendiri. Walaupun nampaknya seperti membuka pekung di dada namun itulah aku.

Ramai kawan-kawan yang memberi respon samada positif mahupun negatif. Hingga ada yang meminta aku menukar nama INSAN MARHAEN kepada nama lain yang lebih ceria. Namun inilah aku. Tak reti untuk menulis yang berada di atas kulit tetapi lebih puas menulis tentang apa yang ada jauh di dalam hati.

Aku seperti yakin bahawa tulisan aku tidak dibaca oleh anak-anak mahupun adik beradikku bila melihatkan respon mereka yang hampir tidak ada. Biarlah begitu kerana begitu lebih menyenangkan aku untuk terus menulis. Cuma ada beberapa rakan akrabku yang membaca. Aku harap mereka habis setakat membaca dan tidak membawanya keluar dari alamaya.

Sebenarnya, mereka yang rajin membaca tulisanku akan lebih tahu tentang apa yang berlaku dalam diriku. Di lua,r aku lebih mahu dilihat seperti tiada keruh dan gelora.

Blog adalah satu-satunya kaunselor yang terbaik setakat ini. Biarpun ramai rakan-rakan blog yang seangkatan denganku diketika 2008 dahulu mula mengalih kepada Facebook, aku masih tetap dengan blog picisan ini dan amat menyenanginya!

14 ulasan:

ujang kutik berkata...

Ya,blog kita,kitalah yang menentukan arahnya.

Anonymous one berkata...

AO suka baca blog IM, tak kisah lah apa yang iM tulis ao suka hadam dan baca, tidak ternilai apa yang AO baca ni berbanding dengan ilmu di universiti

kakcik berkata...

Kakcik juga lebih senang berblog dari berfacebook. :)

LadyBird berkata...

salam uncle im..

menulis merupakan terapi... :)..

niat kite same.. terapi diri dengan penulisan..

smg uncle temui ketenangan di sini...

Dinar berkata...

IM, teruskan menulis w'pun dikata membuka pekung sendiri tetapi saya dapat merasakan keikhlasan dalam tulisan di sini dan ada mesej yang tersendiri (ori)..

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Akak juga tak berapa aktif di facebook.

Berblog kadang2 ada ketika menjadi tumpah mencurahkan kesedihan dan kesesakan dalam hidup.

Membaca respon kawan-kawan banyak membantu kita meringan bebanan perasaan yang ditanggung.

Kamsiah berkata...

salam
blog umpama diari...setiap 'rasa' yg kita rasa,kita luahkan...dek kerana hidup tak selalunya indah...

mama maman aka yana berkata...

IM.. mama pun suka menulis.. cuma skrg nih mama seakan2 dlm 50-50. merasakan banyak menbuka aib diri sendiri, takut ngan hater2 dan mungkin mama nih jenis yg tak tetap pendirian. mcm mana la nak tegar seperti ombak dan pantai. huhuhu

wifenavy berkata...

Begitu juga sy.. blog tempat sy mencatitkan perjalanan hidup sy tanpa dipengaruhi oleh pembaca ALAMAYA.. tidak spt di FB.. status dibaca oleh org yg dikenali sekeliling kita dan dihebahkan.. salah timbang.. negatif pula kesannya

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

Walaupun saya baru sahaja berblog, saya rasa selesa menulis apa saja yang di rasakan sesuai. 4 bulan lalu anda menjadi pengikut pertama saya. Sgt teruja walaupun saya tak tahu anda siapa.

Masih ingat lagi saya sign in sampai 3 kali nak jadi follower IM, Sebabnya saya tak nampak profile photo saya mcm org lain.. Hahaha nak gelak pun Ada, rupanya saya tak letak photo..

IM.. Semoga persahabatan Maya ini berkekalan.. :)

S..U..D..@..I..S berkata...

tulis lah IM kalau dengan menulis boleh melepas segala tekanan yang membungkam

ramai kawan2 yang membaca dan akan terus membaca

hrusli61 berkata...

Blog dengan blognya, facebook dengan facebooknya masing-masing ada peranannya.

Berkongsi banyak manfaatnya walaupun kacamata dan pandangan berbeza.

Kadang-kadang dengan membaca blog sahabat kita dapat kita fahami masalah yang tersirat.

aznimatisa berkata...

Assalamualaikum IM,

Harapan saya agar IM diberi kesihatan yang baik oleh Allah selalu hendaknya. At 1 time dulu saya menganggap tidak ada siapa peduli with my blog. Kelihatan sunyi dari komen mau pun follower yang diam kaku dan beku.

Selama beberapa ketika, apabila sudah pandai, maka saya mulai faham, melihat who is reading my blog. Sungguh tidak di sangka begitu ramai silent follower dari pelusuk tanah air dan rakan2 luar negara.

Blog adalah mewakili diri kita dan siapa kita. Penghayatan pembaca berbeza-beza. Ada yang dapat menghadamkan dengan baik, ada yang sekadar begitu-gitu saja.

Walau apa pun, saya telah meninggalkan amanah pada anak-anak lelaki saya, sekiranya saya meninggal dunia kelak, kunci lah blog itu hanya untuk tatapan anak dan cucu serta generasi saya.

IM, teruskan menulis dari hatimu. Semoga ibu_suri cepat sembuh dengan kuasa Allah kun Fayakun. Waullahualam.

a.samad jaafar berkata...

salam yob..

saya dpt merasakan keikhlasan dlm setiap penulisan IM..insyaallah, kami sebagai rakan blogger sentiasa bersikap positif dan pendorong..