Halaman

Sabtu, 31 Julai 2010

Kampung

Sedari semalam aku nak update blog ini sebenarnya. Tapi dek banyak sangat ok...ek ibu_suri, aku terus menutup pc. Selepas picit-picit kali ibu_suri yang mengadu sakit-sakit, aku membentang tempat tidur. Aku mudah tidur. Letak sahaja kepala, terus ghaib!

Aku cuba membodek ibu_suri untuk balik kampung hari ini. Adik beradik di kampung ada buat kenduri doa selamat menyambut Ramadhan di rumah mak. Mereka beria-ia minta aku balik.

Telahan aku memang tepat bahawa ibu_suri tidak mahu balik. Jadi aku minta Along untuk balik. Setidak-tidaknya ada juga waris aku di majlis itu.

Mak dan abah aku memang dari dulu suka buat kenduri doa selamat. Maka sebab itulah agaknya emak dan abah aku dihormati dan dikenali hampir seluruh kampung. Tanya sahaja Mak Andak, pasti orang kampung boleh tunjukkan di mana rumahnya.

... rumahku di kampung. klik Sri Mersing, blog yang aku buat khas untuk kampungku.

Sesekali aku terfikir baik juga fungsi kenduri doa selamat ini. Selain untuk menitip doa buat kesejahteraan keluarga, memberi makan kepada jiran, merapatkan ukhuwwah juga boleh memulihkan semangat dan menghiburkan hati seperti mak aku yang pastinya rindu pada suasana keramaian.

Apa-apa pun, aku reda dengan apa yang aku ada dan yang aku lalui. Sekalipun geraf kesihatan ibu_suri semakin merudum, aku tetap positif dan kuat semangat. Bukan sahaja kuat semangat tetapi dilihat kuat semangat.

Teringat pertanyaan spontan blogger Jendela hati ( JH ) semalam yang seperti menjentik kelalaian di hati;

"IM rajin buat solat Dhuha?"

"Di sini ( tempat kerja ), jarang. Di rumah adalah! "

Aku akur akan kelebihan solat Dhuha ( klik di sini ). Justru, aku menanam azam untuk konsisten bersolat Dhula dan menekan punat aktif untuk solat sunat yang lain.

Moga kalian juga gitu!

11 ulasan:

ahmad humairi berkata...

salam,

ibu_suri kena ikut jugakla...tak patut rasanya sebab bukan nak suruh wat keje...nanti kat situ pun IM leh urutkan kaki ibu_suri tu...

hentian berkata...

ibu_suri sebenarnya terlalu lemah untuk duduk apatah berdiri lama. dia juga tidak selesa dengan suasana hiruk pikuk dan ramai orang.

agaknya, itulah sebab dia lebih suka duduk di rumah sendiri.

al-lavendari berkata...

salam.

syahdu sungguh lagu iringan membaca entri ini.

boleh tak pinjam punat aktif itu nanti ?

hentian berkata...

punat aktif tu mana boleh pinjam. passwordnya rahsia...he...he...

Acik Erna berkata...

IM..insyaallah .. ..kan..boleh mula ramadhan nanti..dan seterusnya...

DDrfauziah berkata...

Aslmkm.
Berdoalah setiap waktu setiap hari kepada Allah SWT ... nyatakan kesedihan dengan segala rendah diri, buktikan kesyukuran dengan segala besar hati. Insya Allah, kita akan sentiasa merasa nikmatnya.
Benar Solat Dhuha itu amat digalakkan ... di hari kerja pun kita masih berupaya melakukannya ... waktunya amat panjang - dari matahari mula naik hingga ia tegak di atas kepala.
Semoga diberkati.

ibuintan berkata...

salam IM,
dalam situasi begitu memang ibu-suri tidak selesa duduk lama, perlu berlunjur, perlu berbaring bila-bila dia suka, kalau di rumah kenduri lagilah dia mungkin rasa tidak selesa, tambah nanti ramai yang datang bertegur sapa...

hentian berkata...

betulah tu. IM kekadang ralit dengan hal dunia hingga alpa hal akhirat.

sebenarnya ibadah boleh buat dimana saja.

pernah beberapa kali, dalam ofis IM sendiri, IM solat. malas nak ke surau sebab waktu pendek...

Sri Mersing berkata...

sabar adalah kunci kejayaan segalanya...

bearcat berkata...

Tenang tengok gambar rumah IM di kampung. Boleh bayangkan juga ketenangan penghuni-penghuninya...

Anonymous berkata...

Undeniably believe that whіch уou stateԁ.
Your fаvorite јustificatiоn аpρeareԁ to bе оn the web the easіest thing to bе
аwаre of. Ι say to уou, I ԁefіnitеly get annοуed ωhile ρeοple think
about worгies that theу plainly ԁоn't know about. You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side-effects , people could take a signal. Will likely be back to get more. Thanks

Also visit my weblog Same Day Payday Loans