Selasa, 1 Disember 2009

Curi-curi Masa

Maaf, tidak ada ruang untuk menulis. Keadaan isteri tidak mengizinkan aku mutakhir ini. Terasa sedikit resah, aku 'curi-curi' masa di tempat kerja waktu rehat untuk ziarah blog kawan-kawan. Muga dapat menghiburkan sedikit jiwa ini.
Terjumpa pula entri-entri ini. Aku letakkan pautannya di sini untuk berkongsi dengan kalian, jika sudi.

1. Salah satu tulisan aku telah dipautkan ke blog ini. terasa bahagia dan kerdil.

Klik di SINI

2. Terasa syahdu bila membaca coretan sahabatku ini. Ianya menghimbau kenangan aku semasa masih muda dulu.

Klik di SINI

3. Terasa terharu bila membaca tulisan dari seorang anak yang mengalami sindrom Disleksia sama macam anak ke3ku.

Klik
di SINI.

Dan ini adalah klip video tentang keselamatan di tempat kerja.



Aku berdoa semuga Allah rahmati kehidupan kita hari ini dan hari esok

6 ulasan:

Mybabah berkata...

Salam bang. Apa cerita isteri abang? Saya doakan abang sentiasa tabah menghadapi apa jua dugaan Allah. Ingatlah, setiap kali orang beriman ditimpa musibah dan dia sabar, maka akan ditingkatkan martabatnya (ditambah pahala) dan berguguran dosa-dosanya.

hentian berkata...

Isteriku menghidap depression dan mild stroke sejak Aug '07. Emosinya selalu tidak stabil.

Memang kena banyak sabar. Banyak yang bukan alang-kepalang.

Terima kasih atas doa dan peransang.

Pun, jagalah kesihatanmu. Bijaklah tangani stress. Take simple life!

maiyah berkata...

apa kabar kaka tu.. hrp IM byk sbr dan jaga kakak tau

hentian berkata...

ibu_suri hari ini ok. Tengah sibuk kemas rumah untuk persediaan hari pertunangan Angah hujung Disember ini.

Doakan aku tabah menghadapi semua ini seperti jua aku selalu doakan kau tabah dalam mengharungi liku-liku hidup!

Echam berkata...

Salam IM,
Aku doakan kamu tabah dalam menghadapi dugaan ni.

abu muaz berkata...

Salam perkenalan tuan.