Dalam misi balik kampung semalam aku sempat singgah di rumah saudara kepada ibu_suri. Rumahnya cuma di belakang masjid lama Gunung Panjang, Gopeng.
Yang menarik perhatian aku ialah projek ternakan kambing yang diusahakannya. Tatkala aku masuk saja ke kawasan pagar rumah terdengar riuh rendah bunyi embikan sekalian kambing.
" Pasai apa depa buat bising tu, bang? "
" Mesyuarat Agong, agaknya. Macam mesyuarat koperasi yang kita pegi, ari tu.. " Aku merujuk pada satu mesyuarat koperasi yang pernah aku hadiri tahun lepas. Riuh rendah bila membincangkan agenda kewangan koperasi. Sampai nak baling kerusi.
" Kambing-kambing tu bising bukan apa. Deme nak makan daun kelapa sawit. Jadi, tu tengah tunjuk perasaan le tu. Lambat sikit hari ini pekerja saya bagi makan hari ni. Deme tak mau makan daun lain. Kalau pagi makan pelet ( dedak ), tengahari mesti makan daun kelapa sawit, petang pulak makan daun napia. " terang Nor Azizah, isteri saudara ibu_suri itu.
" Agaknya sedap daun tu ya. Lemak kot.. "
" Gamaknya le.. "
Dan memang betul lah. Tak lama lepas tu senyap sahaja kambing-kambing tu selepas diberi makan daun kelapa sawit. Aku ralit memerhati pekerja-pekerja Indon melayan kerenah kambing-kambing itu.
" Sekarang ni pasaran kambing kurang. Susah nak bisnes. Kos makanan kambing sahaja RM2000 sebulan. "
Tapi bela kambing bukan saja boleh jual daging malah susu dan tahi kambing juga boleh dijual. Agaknya kalau bau dia wangi, bau kambing pun boleh jual.
Aku cuba bayangkan kalau aku senasib dengan pekerja Indon itu. Hasrat untuk mencari hujan emas di rantau orang, rupa-rupanya yang ada tahi kambing.
4 ulasan:
Salam IM. Rangkap yang akhir paling best "Aku cuba bayangkan kalau aku senasib dengan pekerja Indon itu. Hasrat untuk mencari hujan emas di rantau orang, rupa-rupanya yang ada tahi kambing". Sedih juga...Tapi IM nak tahu tak, bila si indon balik, dia kata dia kerja kedai Jamu Pak Tani (rupa sebijik macam tahi kambing)...
IM, itulah namanya survive nak idup. kat ladang kambing pun xpa. kalo bsungguh2, berkat yg mrk dapat. Sy kat sini keje tolak abuk, as cleaner part time job. survive nak idup. ada sekali tu hangin ngn s/visor coz bg sy tmpt yg ssh nk angkat vakum. bila komplen spatutnya tiap level ada stor, jd punca carik salah sy hari2 ada yg xkena. sy brenti krn xsanggup dpandang rendah sampai cmtu. dlm ati sy, sok balik mesia aku ngajo..ko jd cleaner sampai mati. wakakaka, tawa mujuk ati sndrik nmpknya sy inih. hihi
Aku dah lama teringin nak bela kambing. Tak terbela2 jugak.
Abih2 kambing yang bela aku.
sesungguhnya kambing itu lebig tinggi maqam tauhidnya dari aku kerana kambing itu lepaknya di maqam tajrid yang tidak perlu berusaha melainkan rezeki datang padanya. dan tidaklah pula kambing itu menyimpan stok makanan berbulan-bulan macam aku dan manusia takaut tak cukup makan... harga gula naik nafsy perut melenting hingga terpelanting iman.
Catat Ulasan