" Ingat lagi tak hari annivesary kita? " tiba-tiba ibu_suri melontarkan soalan cepu mas kepada aku yang sedang asyik membelek akhbar Harakah.
Aku seperti selalu terkial-kial menjawap. Manalah aku ingat ini semua. Subjek sejarah semasa aku di sekolah menengah dulu cuma cukup-cukup makan je.
" Tengok ayah u. Tak ingat le tu. Semuaaaaanya tak ingat. Bulan ni la.... " Adunya kepada Angah yang sedang minum kopi Radix kegemarannya. Aku terkekek-kekek ketawa yang dibuat-buat.
Ya tak ya. Cepat sungguh masa berlalu. Tup!tup! Sudah 25 tahun usia perkahwinan kami. Suku abad kami boleh bertahan melayari kehidupan yang penuh pancaroba.
Bermula dari sejak bertunang. Aku diterjah dengan berbagai tuduhan. Aku ini ahli PAS la! ( dulu kalau sebut sahaja PAS kira ekstrim la tu! ). Main kayu tiga dengan perempuan lain la.
- ibu_suri bergambar dengan kereta lama sultan semasa pergi melawat Muzium Terengganu.
Tapi aku masih ingat kata-kataku pada isteriku ketika itu.
" Abang tak pandai nak pujuk rayu. Tak pandai nak berkata I love you. Tak pandai nak bagi hadiah sempoi-sempoi. Tapi lihatlah satu hari nanti. Abang setia isteri pada abang yang satu ini. Kesetiaan ini sahaja yang abang ada. " Aku meletakkan janji itu ke telinga ibu_suri.
" Ingat lagi tak apa yang abang pernah kata dulu. Sekarang u boleh lihat buktinya. "
" Ala.. kalau I mati nanti u kahwin lain la tuh.... "
Aku dan Angah sama-sama ketawa. Tetapi di dalam hatiku..... siapalah yang tahu!
1 ulasan:
salam IM,
mama begitu terharu pada kasih sayang & kesetiaan IM pada ibu_suri... semoga kasih sayang & rtangga kalian berkekalan hingga keakhir hayat, dapat bsama didunia&akhirat...
tiada apa yg seorang isteri mahukan daripada seorang suami selain sebuah kesetiaan dlm pkahwinan...
Catat Ulasan