Rabu, 31 Mac 2010

Esok, Cuti Lagi...

Dulu, cuti kerja aku banyak dihabiskan untuk membawa anak ke klinik bila mereka tidak sihat atau uruskan hal-hal persekolahan mereka. Kini, anak-anak aku sudah besar dan ada yang akan kahwin tidak lama lagi.

Pun, cuti aku tetap juga jadi sasaran. Tak pernah pun dapat menyimpannya banyak-banyak hingga hujung tahun seperti sesetengah rakanku. Kali ini cuti aku dihabiskan untuk menguruskan rawatan kesihatan ibu_suri.

Semalam, aku cuti lagi. Aku bawa ibu_suri ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan susulan di unit 104 Neurologi. Biasalah kalau urusan hospital ni. Menunggu lebih lama dari dirawat. Habis tunggu giliran doktor tunggu pula giliran ambil ubat.

Semasa menunggu inilah yang merimaskan aku. Pantang ada jiran di sebelah kerusi, ibu_suri akan menemubual mereka. Yang tak sanggupnya ialah dia temubual hingga ke tahap;

"Dalam politik u sokong siapa?"

Atau lebih hebat ialah;

"Jangan ikut perangai U***O. Depa tu bla... bla... bla..."

Semalam, aku sempat ambil foto ini dan rakam video itu.

"Cina tu kena penyakit kaki gajah ke?"

"Bukanlah. Sakit untut. Itu pun u tak tau.."

"Ooooo...."



"Sayang... Siapa nama u?"

Tetap mengetuk kepalanya dengan tangan.

"Nama dia Imran." Jawap abangnya. Wah, nama Melayu tapi abang-abangnya nampak macam bangsa Cina.

" Berapa umurnya?"

"35 tahun!"

"Ohhhh... Tinggal di mana?"

"AIr Itam. Jalan Seratus."

"Ooo.. Kampung Melayu ya. Macam mana boleh jadi macam ni?"

"Entahlah. Sejak kecil jadi macam ni!"

Hmmm... Kalau lagi lama aku duduk di hospital ini, lagi gayat aku dibuatnya. Silap haribulan aku pula yang sakit.

Tapi.. itulah... esok aku ambil cuti lagi. Kali ini bawa ibu_suri ke Klinik Kesihatan Kubang Semang. Allah itu maha Adil dan Maha Penyayang. Diberikan ibu_suri penyakit tetapi aku pula buat masa ini, alhamdulillah, masih sihat.

Harapnya aku terus sihat supaya dapat menjaga ibu_suri sebaiknya. Risau aku kekadang itu bila sesekali memikikan apalah akan terjadi pada ibu_suri kiranya aku pula yang sakit dan tidak boleh bangkit...


p/s: maaf, klip video terbalik. tak perasan...

7 ulasan:

ninie's corner berkata...

semoga tabah menghadapi ujian ini...

kakcik berkata...

Moga2 anak2 juga boleh dijadikan tempat menyandar harapan..

maiyah berkata...

hrp ibu suri semakin baik.. nk kene ceria slalu.. jg diri n mkn ubt tau

spy berkata...

bila tengok video hang memang sakit..sakit leheaq..he..he

kat kubang semang mmg ada seorang pakcik(cerita dia masuk dalam paper) yg jaga isteri dia koma..lama dia jaga isteri dia..

tapi dgn kehendak allah pakcik tersebut allah panggil dahulu dari isteri dia

mati hidup bukan kerana cerita tapi kehendakNYa jua..

jane berkata...

tetibe terfikir kesihatan itu sgt perlu utk dijaga







huhuhu

CITY® berkata...

salam,

ibu suri tu saper? wife ke, ekekek

hentian berkata...

blueCITY,

ibu_suri adalah isteri IM selama lebih 25 tahun. Selain anak-anak, kawan-kawan dia pun pun memanggilnya ibu.

ibu_suri diserang angin ahmar yang ringan pada bulan Ramadhan 2007. Kesan dari serangan itu ibu_suri mengalami kesukaran bertutur dan emosiny akerap menjadi tidak stabil.

doakan agar IM tabah dan ikhlas menjaga ibu_suri.