Sabtu, 3 April 2010

Kasih Tuhan Tidak Bertepi...

Jam masih 8 pagi. Di dalam bilik, ibu_suri masih lena beradu. Angah baru saja menderum kereta ke tempat kerja.

"Ayah, sat lagi Angah nak balik kampung tengok Opah!"

"Hmm... ok. Kirim salam ayah dan ibu kat Opah, ya!"

Sedangkan aku sendiri udah lebih sebulan tidak berpeluang menjenguk emak. Walhal aku tahu emak sentiasa menunggu kepulangan aku menziarahi dia. Seperti juga aku selalu mengharapkan Along dan Akhmal balik ke rumah untuk bersama-sama aku menjaga ibu_suri. Aku terasa kesaorangan mengharungi detik-detik waktu di rumah sendiri.

Khamis lalu seusai aku menguruskan rawatan susulan ibu_suri di Klinik Kesihatan, aku terus memacu keretaku ke RnR Juru. Entah kenapa hatiku tiba-tiba beria-ia untuk relaks di sana. Aku habiskan banyak masa dengan berfikir dan memujuk hati ini supaya terus sabar dan berdoa supaya tekanan yang aku alami sekarang ini tidak menjejaskan kesihatan dan tidak menyebabkan aku mengambil tindakan di luar batasan.

Aku talipon Along yang kini menginap di Batu Caves. Aku berbual panjang dengan dia. Mengadu hal supaya dia juga tahu sepertimana Angah tahu perkembangan terkini yang berlaku di rumah. Mujur juga aku masih punyai anak-anak yang sudi mendengar rintihan hati kecilku. Hendak mengadu kepada kawan-kawan sudah terasa tebal muka.

Alakulihal, mujur juga aku masih punya nafas, punya waras dan punya Tuhan walaupun mungkin Tuhan mencebik bibir dan berkata;

"Piiirahhhhh... sembahyang pun lintangpukang, ada hati hati minta itu dan ini dari aku."


Pun, aku maklum, kasih Tuhan tidak bertepi! Kasih Tuhan melimpah ruah umpama hujan lebat di musim kemarau.

6 ulasan:

Mybabah berkata...

Salam tuan. Entri tuan mudah dibaca tetapi tersirat pelbagai makna yang susah dimengerti. Namun, saya tetap berdoa agar sahabat-sahabat terus dilimpahi rahmat oleh Allah..

puteri cahaya. berkata...

Insan Marhaen : Allah s.w.t Maha Pengampun, DIA Maha Mengetahui dan sentiasa Mendengar doa dan rintihan hambaNYA, walau kita selalu alpa dan lupa pd suruhanNYA.. Begitulah kasih sayang Allah s.w.t yang Maha Agung.

Semoga Allah merahmati.. (",)

hrusli61 berkata...

1. Jangan ada lintasan atau sekelumit rungutan kepada Allah SWT sentiasa mengadu padaNya tanpa hijab.

2. Keluarga memang sandaran utama segala masalah namun jangan putuskan jambatan ukhuwah dengan sahabat. Segan dan silu bukan pebendaharaan kata yang selalu dan wajar digunakan. Jangan dijadi benteng pegangan hidup. Cuba dan mencuba baru ada hasilnya.

ninie's corner berkata...

hidup di dunia ini mmg penuh dgn cabaran & dugaan.....semoga IM tabah mengharungi dugaan-Nya...

kakcik berkata...

Jangan sesekali kita berputus asa dari mengharap keampunan dan limpah rahmat dariNya..

NzA berkata...

Salam,
Sebagai seorg insan, hanya pd Allah tempat sebaik2nya kita mengadu......berbaktilh pd ibu selagi kita trmampu....
Jgn cpt brputus asa...