Selasa, 23 Mac 2010

Rutin

Aku menjinjing nasi ayam yang dibeli dari kedai Pokok Durian depan SM Guar Perahu. Sebaik menolak daun pintu, kelihatan ibu_suri berbaring di hadapan tv. Ruang tamu samar-samar kerana senja baru berlabuh. Seperti selalu hatiku diserbu bimbang. Suasana begini kurang menyenangkan.

"Assalamualaikum..." sambil meletakkan akhbar Sinar Harian menanti respon dari ibu_suri dengan jantung berdegup kencang di dada.

"Datuk Sulaiman Daud meninggal..."

"Ye ke....Errr.. Tan Sri Dr Sulaiman agaknya...?"

"Umur dia 77 tahun!"

Aku melemparkan stokin ke dalam baldi. Melihatkan pakaian kotor menimbun di dalam baldi aku terus menuang sesudu serbuk sabun ke dalam mesin basuh dan menekan punat. Tanpa banyak soal, mesin basuh jenama Sharp yang berusia 3 tahun itu memulakan tugas yang hanya satu-satunya ia tahu - membasuh.

Entah kenapa hatiku bimbang sahaja sejak dari tadi. Aku memerhatikan singki, pinggan dan cawan masih belum berbasuh sejak malam tadi. Aku lihat pula meja makan. Semak dengan kertas, topi keledar anakku dan cawan susu.

"Abang! Ambil air basuh tangan..."

Beginilah aku saban hari. Siang dan malam berlalu dengan rutin yang sama. Sambil meletakkan mangkuk air basuh tangan dan segelas air ke sisi ibu_suri, aku memerhatikan Angah yang asyik bercit-cat dengan komputer.

Jam hampir pukul 8 malam. Aku capai tuala dan masuk ke bilik mandi. Sambil mencalit ubat gigi Herbal jenama HPA, aku tiba-tiba terbayangkan saat-saat abah berada di Hospital Bainun, Ipoh kerana mengidap sakit buah pinggang. Seminggu selepas abah keluar dari hospital, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa aku bersamanya.


  • Abah menyara hidup kami sekeluarga dengan mengambil upah memotong rumput halaman rumah orang setelah pencen dari bekerja di Majlis Perbandaran Ipoh.
"Abah, doakanlah kesejahteraan dan ketenteraman anakmu di dunia ini sepertimana aku selalu doakan kesejahteraan dan ketenteramanmu di alam barzakh sana!"
Aku jadi teringat bahawa aku sendiri pernah 2 kali dimasukkan ke wad kerana menghidap batu karang.

7 ulasan:

MaMa MoDeN berkata...

salam
semoga IM terus tabah merawat ibu_suri... tersentuh hati dgn kebaikan IM pada ibu_suri...

SABAR lah yer IM, smoga kalian sehidup&semati, bhgia slalu dunia akhirat

bearcat berkata...

Aku rindukan arwah ayah aku.

maiyah berkata...

IM sorang yg sgt tabah
al fatihah buat abahIM

hentian berkata...

Tkasih atas sokongan moral. Sesekali meluahkan perasaan itu tak pa, kan!

Firdaus berkata...

Saya dah kena batu karang sekali.. Sakit wooo!!

spy berkata...

sebelum nak berubat nak tanya dulu..dah ke suruh secara berhikmah ibu suri tu cuci pinggan.

Cuci sikit2 pinggan kita sendiri,kamu kena mulakan sikit-sikit.Kalau tidak awaklah yg akan menanggung sikit-sikit tu..letih be.Bodek la dia kata dia manis ka masa mencuci..tapi jgn nak bagi upah..nanti sakit lain pulak IM mari..

Saya tak menafikan kebaikkan yg awak buat..kan lebih elok dia kembali kpd asalnya..ajar le dia..

hafinah@yahoo.com berkata...

heh..heh.. kau tak kenal ibu_suri lagi yekk...

kira dah lebih berhikmah le tu. nak kata dia cantik masa basuh pinggan?

Nati dia kata apa tau...

" Awat.. cantik macam H***u?

Dan nanti aku yang pening @#$^&*())