Rabu, 3 Mac 2010

Ubat Jiwa

Bukan mudah untuk mempunyai kesabaran yang teguh dan luhur di dalam jiwa. Ianya perlu dipupuk sejak dari awal. Disiram dengan hati yang bersih dari prasangka buruk, sikap yang terbuka dengan kritikan, menerima seadanya sikap negatif orang lain di keliling kita dan menerima dugaan yang menimpa dengan reda.

Sabar adalah ubat bagi jiwa. Boleh menstabilkan tekanan darah, boleh menenangkan jiwa, boleh membuatkan kita berfikir lebih waras, mampu memberi cahaya di wajah dan bisa menjadi tempat berteduh untuk orang lain.
Tidak rugi kalau kita memberi laluan kepada orang lain yang mahu cepat di jalan raya. Atau mendengar dahulu pandangan orang lain walaupun ianya bercanggah dengan pandangan kita sendiri. Atau juga menjauhkan diri dari orang yang mahu bergaduh dengan kita.

Teman kepada sabar ialah sembahyang dan doa. Teman kepada sabar mungkin juga pen dan kertas. Mungkin juga lagu-lagu nasihat.

Tapi sabar perlu bertempat. Jangan pula sampai sabar terhadap orang lain yang sedang menghina agama kita. Itu dayus namanya....!

2 ulasan:

abu muaz berkata...

benar tuan sabar dan dayus sangat jauh berbeza.

bearcat berkata...

Aku pernah jadi manusia yang paling sabar. Memang macam-macam dugaan aku masa tu. Macam-macam orang buat pada aku tapi aku senyap, tenang saja. Sikit pun tak ada rasa marah. Magic betui.

Sekarang aku tak tahu mana hilang 'sabar' itu. Sikit-sikit aku dah boleh jadi Hulk...

Astaghfirullah....