Rabu, 19 Mei 2010

Pantun Ntah Apa-Apa!

Semalam aku ke Seberang Jaya,
Makan roti canai di Nasi Kandar Hidayah,
Melihat ibu_suri ketawa ceria,
Bagaikan hidup ini tiada yang payah.

Seperti biasa malam masih muda,
Ibu_suri suruh bawa pi ronda,
Sedangkan hatiku tertanya-tanya,
Sampai bilakah ribut kan reda.

Bawa kereta melelong-lelong,
Badan dah letih otak dah tepu,
Kepada Allah kuminta tolong,
Agar terus tabah menuruni liku.

7 ulasan:

maiyah berkata...

nampak ceria sket..

Syahazli berkata...

Boleh pantun lagi....kira OK lagi tu. :-)

Zakir Lazarus berkata...

ianya hanya jiwa dan hati,
ianya hanya kamu dan dia,
bagaimana melihat mati,
kerana asyik memuja dunia.

hentian berkata...

Cahaya terang selepas hujan,
hujan perolakan itulah tandanya,
di dunia sendiri sudah kelemasan,
entah gimana pula bila di sana...

iBu...gUru berkata...

ni cik gu mathematic nak jawab :

Di dunia sendiri sudah kelemasan,
Entah gimana pula di sana,
Muhasabah dirimu aduhai insan,
keluh dan kesah tiada berguna...

silalah jawab wahai tuan hamba (macam pesta pantun kat sekolah plak )

Zakir Lazarus berkata...

assalamualaikum...,

keluh kesah tiada guna,
dari keluh kesah itulah kita blajar kenal nafsu,
agar esok diri tiada rasa terpaksa,
itulah dia hakikatnya cinta rindu....

hentian berkata...

muhasabah dirimu wahai insan,
keluh kesah tiada berguna,
aku hanyalah makhluk ciptaan Tuhan,
ada kalanya ceria adakalanya rawan.