Ahad, 6 Jun 2010

Bersama Di Masjid Kapitan Keling

Aku tiba di Masjid Kapitan Keling kira-kira jam 12.30 tengahari, Jumaat 4 Jun bersama blogger Jendela Hati dan Tuan Hj Atan menaiki Unser merah.

Pertama kali aku solat Jumaat di sini. Hari ini pun aku ke sini semata-mata ingin bersama rakan-rakan dan NGO lain untuk menyatakan kemarahan dan kekesalan kami terhadap kekejaman Israel menindas rakyat palestin hatta menyerang kapal Mavi Marmara yang cuma membawa bantuan kemanusian ke Gaza.

Khutbah yang dibacakan dalam 3 bahasa; Arab, Melayu dan Urdu walaupun agak kurang jelas namun membakar semangat untuk bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin menegakkan ketuanan Islam dan tanah air.

Walaupun aku tidak mampu berperang bersama mereka namun aku masih boleh berbuat sedaya upaya seperti mengedar risalah, menulis blog, menghadiri forum, menyertai solat hajat, mengutip derma untuk tabung Palestin, membeli produk keluaran Aqsa Sharif dan seperti hari ini - menghadiri demo.

Foto-foto di bawah menyatakan segalanya. Harap sekalian anda tidak ketinggalan bersama dari hanya berada di bawah gebar. Atau sekadar selesa berjalan di atas karpet merah!

  • kepelbagaian sepanduk yang menyatakan isi hati pendemo

  • Dr Roslan, wakil JIM yang juga ahli Aqsa Sharif memberi ucapan

  • wanita juga tidak ketinggalan

  • say NO to Zionis

  • sidang media pemberita bersama YB Abdul Malik, Exco Agama Negeri Pulau Pinang
  • IM bersama blogger Jendela Hati dan Tuan Hj Atan

ps: foto ihsan dari YDP JIM Pulau Pinang

10 ulasan:

maiyah berkata...

Alhamdulillah.. moga perjuangan diteruskan..

hentian berkata...

perjuangan sentiasa belum selesai...

hrusli61 berkata...

Mari rakan blogger kita tulis sorang sedikit untuk menyemarakkan semangat pembaca.

Syabas bagi mereka yang telah memulakan langkah.

Ya Allah selamatkan Gaza, selamatkan Palestin, negara-negara Islam yang tertindas. Selamatkan mereka yang membantu samada secara langsung mahupub tidak langsung.
Amiin.

hentian berkata...

muga usaha kerdil kita ini diterima Allah!

BLOGGERS JIM PENANG berkata...

salam IM. Muga usahamu diberkati Allah!

Dama-Ulan berkata...

bersatulah wahai umat Islam sedunia sebagaimana bersatunya umat sewaktu zaman Rasullullah...

percakaran sesama sendiri hanya merugikan masa depan umat sejagat..



Wallahualam...

CITY® berkata...

salam,

alhamdulillah...
tahniah bro, saya sangat2 hormat sahabat2 yang ikhlas , berani dan mampu buat semua ini.
semoga sahabat semua berjaya dan juga sahabat2 kita di gaza.
amin

surajagat berkata...

tahniah...

ninie's corner berkata...

bilakah keamanan akan menjenguk di bumi palestin.....

en_me berkata...

muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn