Sabtu, 19 Jun 2010

Pahala Mudah

Beberapa malam lepas aku sempat menonton satu forum agama di tv tatkala menemani ibu_suri makan di Restoran Abang E Capati, Kulim. Seorang ahli panel wanita memberi 3 tatapan mudah untuk mendapat pahala.

Satunya ialah kerap menatap Al Quran. Al Quran adalah qalam Allah hatta menatap ia disetiap ketika akan dapat menimbulkan ketenangan apatah lagi jika membaca dan memahami maksudnya.

Kedua ialah menatap Kaabah. Walaupun mustahil untuk kita yang jauh ini menatap wajah Kaabah selalu, menatap gambarnya sahaja pun memadai. Ini akan dapat menyuburkan cita-cita untuk berusaha ke sana satu hari kelak.

Ketiga ialah menatap wajah ibu. Ibu adalah insan yang ketiga selepas Allah dan Rasul yang wajib kita taat dan menyayanginya.

Aku tiba-tiba teringat emak di kampung. Jika ibu_suri hanya mengalami serangan ahmar di saraf kepala, emak pula mengalami serangan ahmar hingga lumpuh sebelah kiri tubuh. Tetapi emak mempunyai hati yang cekal serta jiwa yang kental. Emak tidak mudah mengeluh malah semakin kuat beribadah.


"Kita balik kampung hujung minggu ni ya? Lama dah abang tak tengok mak!"

Wajah aku direnung tepat oleh ibu_suri tanpa ada sebarang riak positif atau negatif. Dalam hati berfikir bahawa alangkah ruginya kalau aku tidak mengambil kesempatan yang masih ada ini untuk menatap dan bercakap dengan mak sepuas-puasnya sebelum' janji' salah satu antara kami tiba!

4 ulasan:

maiyah berkata...

mmg mudah.. dan jelas kelebihannya..

iBu...gUru berkata...

salam IM
setelah baca en3 ni......... lpas zohor terus balik kampung tengok mak

DDrfauziah berkata...

Salam singgah ukhwah dari Kak G. Ceria2kan hari anda. :)

Misi di Maya: Singgah2 memanjangkan silaturrahim dan bertanya kabar bila berkesempatan. :)

SELAMAT HARI BAPA

hentian berkata...

walaupun balik kg n berjumpa mak hanya untuk beberapa jam kerana ibu_suri tidak mahu lebih lama namun aku puas kerana dapat menatap waja dan mendengar suara mak yang tidak pernah lekang dari nasihat.