Halaman

Khamis, 22 Julai 2010

Giz, Teruslah Menulis!

Mulanya aku ingin membuat catatan tentang ibu_suri di wad 10 tempoh hari. Namun bila melihatkan blog milik Giz menaik di side bar, aku seperti diserbu kegembiraan. Tak tahu kenapa.


Aku harap Giz akan terus aktif semula menulis blog. Giz adalah satu-satunya blogger dari tanah seberang yang bagi IM amat istimewa. Istimewanya kerana Giz adalah insan Disleksia yang berjaya membina kehidupannya.

Aku selalu berangan-angan supaya Akhmal akan dapat mengikuti jejak Giz. Menjadi seorang insan yang mempunyai aktiviti yang sihat. Mampu menulis blog (atau apa-apa medium pun) walau mungkin bukan sesempurna dan sehebat orang lain.

Buat rakan bloggerku di sini, ziarahlah Giz di alamat ini. Atau kalau mahu terus membaca tulisan-tulisannya tentang keDISLEKSIAannya, boleh juga mampir di sini. Aku pasti kalian juga akan berasa kagum.

Namun, untuk membaca Catatan Kecil oleh Giz ini memerlukan tumpuan dan kesabaran. Bahasa dan atur hurufnya menunjukkan budaya dan sindrom yang dialaminya.

Dan yang maha penting; jangan lupa tinggalkan komen buat penyuntik semangatnya. Lagipun, adab berblogging, mesti tinggalkan jejak sebelum pamit sebagai tanda ikram muslimin. Tak gitu!

Giz.... Teruslah menulis!

11 ulasan:

Giz berkata...

Wah saya sangat senang sekali, semoga blog saya dapat bermanfaat buat semuanya.dan semoga tetap bisa sharing, trima kasih untuk semangatnya saya senang sekali

ibuintan berkata...

salam Im,
apa khabarnya ibu_suri, dah keluar ke dari hospital?
saya dah melawat ke blog Giz, mungkin kali pertama membaca saya tidak dapat menangkap dan memahami banyak perkataan yang dicoretkan..
saya akan ke sana lagi..

hentian berkata...

ibu_suri keluar wad semalam. namun badannya masih lemah.

mengeluh dia kerana terpaksa makan ubat potasium selama 2 bulan. masinnn....

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,


InsyaAllah saya ziarah ke blog Giz.


Semoga IM & keluarga tabah.

kakcik berkata...

SEmoga IM dan ibu_suri akan terus tabah melalui jalan kehidupan yang penuh liku ini.

Kakcik akan ke blog Giz nanti, Insya Allah. :)

iqbalsyarie berkata...

dah pergi...mmg sgt menarik~!Post baru:Jadi Bos.Mau?

ahmad humairi berkata...

salam,

sabar menjadi bekal utama dalam kehidupan...teru-terusan mengharap redho ilahi.

hentian berkata...

sabar dan tabah ubat terbaik darah tinggi. betul yer...

siti murni berkata...

Salam..
Insyaallah..ada kelapangan nanti saya jengah blog GIZ..;)

Acik Erna berkata...

salam IM..insyaallah akan menjengok blog giz..
dah semoga juga ibusuri dah bertambah sihat..

hentian berkata...

tersangat besar hati atas sokongan kalian terhadap saranan IM agar menziarahi blog Giz.

bukan apa, IM mahu dan lebih memberi hormat kepada mereka yang kurang. sedari dulu IM memang selalu ingat pada kata-kata: kalau merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi...