Halaman

Selasa, 20 Julai 2010

CgMas, Aku Juga Rindukan Kedamaian!

CgMas,

Aku sebenarnya baru balik dari Hospital Bukit Mertajam. Masuk malam ini sudah 3 malam ibu_suri terlantar di wad 10. Selepas makan dan membasuh pakaian yang melambak di dalam mesin basuh, aku membuka komputer yang sudah 3 malam juga tidak kusentuh. Rindu hendak menatap blog IMku yang lama kutinggalkan.

Tetapi agak terperanjat juga aku bila terbaca catatan mu di dalam cit cat box blogku.

Aku tidak faham kenapa beria-ia benar kau hendak mengetahui apa itu STB. Sepertilah aku menyimpan rahsia yang terlalu besar dan terlalu abstrak. Sepertilah aku ini pesalah besar hingga kau mahu menyerang cit cat box aku semata-mata kalau aku gagal memberi makna itu STB?

Puaskah hati kau kalau aku katakan STB itu cuma Sekolah Tunas Bakti? Berbaloikah asakkan kau jika aku katakan kau boleh hubungi atau pergi ke sini.

Dari apa yang aku tahu sedikit-sedikit, kau adalah insan yang santun. Yang aku pasti punyai hati yang lembut dan tabah dalam kehidupan. Membaca tulisan-tulisan dalam blogmu, aku pasti kau seperti aku juga. Rindukan kedamaian. Idamkan persahabatan yang luhur. Tagihkan keamanan di dunia kita sendiri.

Hemm... CgMas,

Kehidupan mesti di teruskan, tidak gitu. Gitu juga dengan aku. Walaupun berhadapan dengan 2 permasalahan besar yakni Akhmal di STB dan kini ibu_suri di HBM, namun aku masih tetap tabah dan menghadapi semua ini dengan penuh pandangan yang positif.

CgMas,

Akhmal menghidap sindrom Disleksia sementara ibu_suri pula menghidap bi-polar disorder. Akhmal di rawat di STB sementara ibu_suri di rawat di HBM. Aku berada di antara mereka berdua yang sebenarnya amat memerlukan perhatianku sebagai bapa dan sebagai suami.

Pun, malam ini aku keletihan kerana sudah 2 hari kurang tidur. Melayani kerenah ibu_suri sekaligus menerima ziarah rakan taulan dan saudara mara di katil wad yang setidak-tidaknya menyuntik motivasi ke dalam diriku.

Muga-muga baliknya aku sekejap malam ini sambil menatap blog dan tulisan-tulisan rakan blogger termasuk catatanmu CgMas, menambah perasa untuk hati sedikit terhibur!

CgMas,

Maafkan aku kerana membiarkan kau lemas dalam teka-teki hingga membuatkan kau sedikit hinggar! Sekejap lagi aku akan kembali ke sisi ibu_suri yang aku agak sudah berdengkur di katil wad sekarang ini. Entah bila pula aku dapat menatap blog kesayanganku ini.

Esok aku akan bercuti buat hari ke3. Aku tahu, pelanggan aku tercari-cari dan menanti di pintu ofisku. Aku pasti talipon juga berdering-dering minta dijawap.

Sebenarnya, aku juga rindu pada kedamaian dan kerukunan hidup seperti mana dirimu, CgMas!

Aku masih ingat pesan mak ku tadi yang datang dari Ipoh walaupun terpaksa berkerusi roda;

"IM, pesan mak cuma satu saja. Banyakkan sabar dan ingatlah bahawa semua ini Allah yang tentukan. Dia yang mempunyai kita dan Dia berhak mengambilnya semula. Kita ini sebenar tidak punya apa-apa. Dan tidak ada nilai apa-apa!"

18 ulasan:

CgMas berkata...

Assalaamu'alaikum.. CgMas x kisah bl En IM akan baca ini lagi. Anak bungsu saya Zul juga dyslexic. 8 tahun masih belum pandai membaca? Padahal ibunya guru!.. apakah remedy agaknya?

p/s: I thought ur answer would be - attack? I'll defend!

hentian berkata...

CgMas, boleh baca tulisan IM di sini: http://insan-marhaen.blogspot.com/2009/11/anakku-disleksia.html

jika CgMas mahu kongsi pengalaman, boleh bincang di: hafinah@yahoo.com.

kakcik berkata...

Salam IM..

setiap kali membaca catatan IM, pasti ada rasa kagum terhadap ketabahanmu dan juga rasa simpati atas apa yang IM lalui. Semoga Allah terus melimpahkan rahmatNya ke atas IM sekeluarga. Amin.

hentian berkata...

IM juga kagum dengan ketabahan kak cik. bangun awal untuk berbuat bakti kepada seisi rumah.

allah turunkan rahmat ke atas kak cik...

ikhlas dan tabahlah seadanya!

birU berkata...

salam bro im,
hmmmm kenapa cam ada gaduh2 nih? hehehhe...

sabar dan redha terima ujian Allah, insyaAllah....
semoga bro im sekeluarga aman damai dan sejahtera ya

ahmad humairi berkata...

salam,

kedamaian yang di cari boleh di dapati pabila kita melagukannya kepada Ilahi diiringi nyanyia para malaikat.

al-lavendari berkata...

salam.

CgMas tu nak ajak IM bergurau sebab nak hiburkan hati IM.

nasihat Mak itu tepat sekali dan tak perlu tambahan cuma perlu pematuhan.

semoga IM tabah mengharungi dugaan. orang lain mungkin menghadapi dugaan yang lebih besar. syukur IM diberi kesihatan dan kekuatan olehNya untuk mengurus ibu_suri dan anak.

betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,

cekal sungguh IM.

tak terkata saya..


nanti saya baca mengenai dyslexia tu. Saya memang nak tahu.

hentian berkata...

ya lah.. mau tidak mahu kita kenalah hadapi semua dugaan hidup dengan tabah.

dugaan itu datang sebagai pemanis kehidupan...

iBu...gUru berkata...

salam IM
terkejut saya baca intro en3 kali ini..... tak ada per tu , cg mas bergurau jer. dalam menghadapi situasi ibu suri & akmal hanya IM yg dapat merasai, menghadapi dan menanganinya ...... kawan2 hanya dapat memberi sokongan moga IM dapat menanganinya dengan sebaik mungkin... berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul .............. sabo yoep..sabo .. ingat pesan mak tu..........

MaMa MoDeN berkata...

salam IM, maaf lama tidak berkunjung ke teratak IM... banyak yg telah MM ketinggalan, namun yg pastinya IM masih berdiri gagah sebagai lelaki, suami & ayah yang mithali...

salam buat ibu_suri, ditakdirkan hidup berkongsi kasih suami benar2 mencabar kesabaran&ketabahan MM, apapun MM terima ini sebagai satu dugaan & ujian, sama2 kita berdoa semuanya akan dibawah lindungan Allah...

hentian berkata...

MM,

syurga allah itu mahal. jika mahu dan ditakdirkan berkongsi bilik di hati suami, redhalah. jangan sedikit pun mengeluh malah buatlah yang terbaik kepadanya supaya di hati kecil akan mengakui bahawa kasih MM lebih luhur dan lebih mulus.

MM,

dunia hanya sementara, di 'sana' lebih abadi...

kalau boleh bagi IM, biarlah ibu_suri ini yang mula dan terakhir...

DDrfauziah berkata...

Aslmkm IM.
Mungkin pengalaman perit sedih membuat IM seorang yg amat perasa. Perkara dgn CgMas tu sepatutnya hanya sbg nyamuk bingit di telinga saja.
Bawalah sentiasa berzikir, tahmid, selawat & berdoa ... insya Allah takkan ada ruang2 utk seperti lagi.
UTK DYSLEXIA: Terus2an bersabar & diajarin saja ... sbg motivasi Tom Cruise adalah seorang dyslexic.
Ya, benar sekali pesanan & nasihat ibu ... Kak G juga amat berpegang kepada SEMUANYA HAK ALLAH. Insya Allah, kita tak mudah terluka, & pasti tak terkulai patah!

moklong berkata...

salam...doa saya semoga ibu_suri cepat sembuh..

hrusli61 berkata...

Aku tetap aku
Dan kau tetap kau
Beza antara kita cuma amalan
Amalan soleh dan menasihat
Menasihati dengan kebenaran
Menasihati dengan kesabaran.

Aku tetap aku
Dan kau tetap kau
Ada pentingkan kerjaya
Ada pentingkan keluarga
Ada pentingan diri sendiri
Ada pentingan jamaah

Aku tetap aku
Dan kau tetap kau
Namun aku amat risau
Jika ditanya Mungkar dan Nangkir
Mengapakah tidak menolongnya?

Acik Erna berkata...

IM..betul kata ibu guru..berat mata yang memandang..berat lagi bahu yang memikul..rakan taulan hanya mampu berkata,..SABAR..

hentian berkata...

DDFauziah,

terima kasih atas respon. tulisan mu sedikit sebanyak memberi teguran yang membina buatku.

Hmm...

hentian berkata...

hrusli61,

kau tetap kau
aku juga tetap aku
namun akan ada satu titik di mana kita akan bertemu
dan kemudiannya berjalan seiring.

titik itu adalah prinsip perjuangan.

mungkin hari ini aku berada di bawah tempurung
namun jika umur panjang dan kesempatan membuka ruang
aku akan membimbit perjuangan itu bersama...