Halaman

Ahad, 25 Julai 2010

Hospital BM...2 - Ziarah

Selama ibu_suri di wad tidak ramai yang datang ziarah. Memang selalu begitulah nasib aku. Agaknya sebab aku sendiri dulupun jarang mahu ziarah kawan-kawan atau saudara-mara yang sakit. Jadi Tuhan balaslah pada aku secara tunai di dunia ini.

Yang selalu datang cuma adikku yang tinggal di Kulim; Darul dan isterinya Syafinaz. Syafinazlah yang banyak membantu aku memandikan ibu_suri hatta membasuh n*j*s bila ibu_suri ke tandas. Aku mana boleh masuk ke tandas perempuan.

Aku harap sangat adik-beradik ibu_suri datang membantu namun yang ada cuma kakaknya yang tinggal setaman denganku. Itupun selama 3 hari ibu_suri terlantar di wad cuma sekali hadirnya. Pun, aku dimaklumkan kemudiannya yang anak keduanya Ayu juga dimasukkan ke Bagan Specialist Center kerana pembedahan kecil membuang darah beku di peha.

Malam ke 3, sister tidak membenarkan aku menjaga ibu_suri. Aku minta tolong dari Siti, anak abang kepada ibu_suri yang paling tua yang pernah kami jaga dan sekolahkan sebelum adanya Akhmal. Walaupun sedikit rugged tapi yang rugged begitulah sudi menolongku. Yang lawa-lawa, yang educated tak nampak batang hidung pun!

pelatih dari KLMU juga sering merawat ibu_suri. manis-manis da...

Emakku datang dari kampung sekereta dengan adik-adik perempuan pada hari ke2. Sedikit sebanyak ziarah mereka meringankan kusut masai yang aku tanggung. Kini aku tahu betapa bernilainya ziarah kita kepada mereka yang sakit ataupun susah. Walaupun nampaknya cuma seketika dan seperti tiada apa-apa namun sebenarnya ziarah itu dapat melegakan pesakit malah keluarganya. Tapi syarat ziarah ialah jangan terlalu lama dan berceritalah yang baik-baik dan positif.

Selain dari mereka ada datang Zulkarnain Ahmad; bos FMS yang bertanggungjawap terhadap kebersihan hospital. Aku diajaknya ke ofis beliau yang terletak di sebelah pintu masuk utama hospital. Sempat diberinya aku beberapa paket susu Hi-Goat. Terang Zul, susu kambing yang terbaik di dunia terdapat di Israel. Israel pandai. Dari sirah nabi dia tahu akan kebaikan susu kambing. Jadi mereka promosi susu lembu dan jual kepada orang lain. Mereka pula minum susu kambing yang memang pun menjadi minuman para nabi.

Bila ada yang datang ziarah, dapatlah aku keluar makan, mandi, sembahyang di surau berdekatan dan rileks sekejap. Apa-apa pun aku bersyukurlah dengan apa yang ada.

Sesungguhnya begini lebih baik dari lansung tiada siapa yang datang ziarah.

7 ulasan:

IKRAMediapp.com berkata...

Setiap apa yang berlaku mempunyai hikmat samada disedari mahun tidak.

Jangan disalahkan sesiapa kerana ianya datang dari apa yang telah kita perlakukan.

Dari alam roh lagi kita telah berjanji di hadapan Allah SWT dan perjanjian itu kerap kita lupai kerana suasana persekitaran yang terujud dengan kehendak sendiri atau kerana yang lain.

Kami dari IKRAMediapp.com mendoakan semoga diringankan, dipermudahkan dan dilenyapkan segala penderitaan dan dugaan ini.

Terima kasih kerana turut membangun blog IKRAMediapp.com
semoga diganjari diri mu dan keluarga IM.

kakcik berkata...

Salam IM..

mengikut pengalaman kakcik yang sebelum ini sering keluar masuk wad, adakalanya kita memang ingin bersendiri. Boleh berehat dengan aman. Tapi, bila dah berhari2, tiada yang datang mahupun bertanya khabar melalui telefon, rasa sedih juga. Apatah lagi bila melihat orang lain ada yang menziarah sedangkan kita bagai tak berwaris kecuali anak2 dan suami.

ninie's corner berkata...

besar betul dugaan utk IM...semoga IM tabah menghadapi setiap dugaan yg dtg...juga semoga ibu_suri cepat sembuh.....

hentian berkata...

tk atas doa.

keindahan bermasyarakat begitulah. ziarah menziarahi merapatkan ukhuwwah...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Walaupun sekejap tetap kita kenang.


Pengalaman menunggu arwah ayah di hospital dulu memang memboringkan disebabkan darah muda..15 tahun masa tu.. bergilir dengan emak yang perlu pulang tengok adik2.


Paling tak boleh dilupakan bila arwah ayah yg jarang berbual dgn saya boleh berborak2 sebelum beliau menutup mata sehari sebelum raya tahun 1990.

Maaf IM, saya dengar lagu Ungu terus teringat kenangan lama..

Sri Mersing berkata...

tabahlah IM. Yop doakan kamu selalu dalam rahmat Allah kerana setia menjaga isteri yang tika ini memerlukan kamu.

Dama-Ulan berkata...

Assalamualaikum....

Sabarlah dlm menjalani ujian hidup ini. Dunia ini hanya bersifat sementara dan musibah itu adalah ujian Allah Taala kpd kita.. Apa yang kita lalui itu adalah Afaal Allah yg berkuasa keatas kita.. Jadi jangan sesekali menyesali setiap musibah yg terjadi..

Tentang susu kambing tu memang elok.. ini bukan bertujuan promosi.. kalau nak lagi elok cari yg fresh..

Wallahualam...