Selasa, 19 Oktober 2010

Gugurlah Air Mata

Pilu rasa hati bila melihat ibu_suri menjenguk bilik Akhmal berkali-kali. Berselerak bilik itu seperti itu juga tidak berubah. Itu tandanya...

"Akhmal tak balik...?" Sambil matanya memandang aku.

"Mari abang cerita." Sambil  meletakkan barangan yang aku jinjing dan menekan suis kipas. Kami baru sahaja balik dari hadir ke rawatan susulan ibu_suri di unit Psikiatrik, Hospital Besar Pulau Pinang.

Sejak semalam aku simpan berita ini kemas-kemas di dalam dada. Cu Ton yang datang ke rumah aku sejak 2 hari lepas juga tidak tahu perihal ini. Kak Oyah yang sempat aku ziarahi semalam juga tidak tahu. Kak Ona yang tinggal dekat rumahku juga tidak tahu. Bukan masanya untuk aku beritahu.

Duduklah ibu_suri di kerusi kegemarannya sambil memandang aku yang sedang duduk bersimpuh di sisi. Aku pegang peha ibu_suri sehabis lembut. Dalam hati mengharap penuh pertolongan dari Ilahi.

"Akhmal kena tahan?" tiba-tiba ibu_suri membuat telahan.

Benarlah bak bicara pakar saikologi bahawa hubungan antara ibu dan anak itu terlalu rapat, abstrak dan halus. Gerak hati seorang ibu selalu tepat terhadap apa yang berlaku atau tersirat di diri anaknya walaupun cuma anak angkat.

Aku memandang tepat ke wajah ibu_suri lalu berkata; Ya! Subuh semalam, orang yang ketuk tingkap bilik  kita tu sebenarnya polis!

Lalu gugurlah airmata ibu_suri bersama gugurnya harapan.....!

20 ulasan:

Acik Erna berkata...

IM..hubungan ibu dan anak..walau tak diberitahu ibu dapat mersakan nya..

luahfikiran berkata...

SALAM,
MACAM MANA SEKALI KESALAHAN ANAK, ANAK TETAP ANAK ! LF DAPAT MEMAHAMI. LF DOAKAN YANG TERBAIK AKAN BERLAKU.

ibuintan berkata...

IM,
walaupun anak angkat, tangan itulah yang menjaga, membelai dan mengasuh sedari kecil, susah senang anak dapat dirasai sama oleh ibunya

walau apa pun sebabnya, saya setuju dengan LF, sya juga doakan yang terbaik buat IM dan keluarga

JIM Seberang Perai Tengah berkata...

kuatkan semangatmu IM. Muga Allah bersamamu!

hentian berkata...

doakan muga IM terus tabah menangani semua permasaalahan hidup!

mario berkata...

semoga IM terus tabah...

roslaini saad berkata...

Salam Im..

Saya juga merasai cabaran membesarkan anak remaja...tapi berdoalah kita...moga Allah selamatkan mereka..untuk masa-masa mendatang....

kak wan berkata...

kakwan tumpang simpati..dan jadikan pengajaran dalam membesarkan anak - anak yang bakal menjadi remaja.

ab@h_Izz berkata...

mungkin akan rasa gak macammna dugaan dan mencabarnya untuk membesarkan anak2 remaja ni....

Moga IM sekeluarga tabah menghadapinya Hendaknya

DDrfauziah berkata...

Aslmkm IM.
Kak G ketinggalan ya! Jika boleh bertanya, anak IM bermasaalah apa?
Walaubagimanapun, semoga IM suami isteri tabah mengharungi hidup ini ... yakinlah tiap yang berlaku ada hikmah tersendiri.
Insya Allah segala yang terjadi menambahkan kebjiksanaan & keinsafan kita & seterusnya membolehkan kita untuk sentiasa membina diri menjadi ummah yang jauh lebih baik.

ainnoraini berkata...

salam IM...saye pun ade anak remaja...cume kite boleh buat berdoa dan berserah pada allah agar anak2 kite dpt menempuh segala cabaran kat dunia ni..

semoga IM tabah hadapi segala dugaan..

kakcik berkata...

Salam IM...

kakcik tetap mengiringi IM dan ibu-suri bersama doa agar dikurniakan Allah dengan ketabahan yang tidak berpenghujung. Apa khabar Akhmal hari ini? Apakah akan dihantar semula ke STB? Semoga dia akan berubah juga menjadi anak yang baik. InsyaAllah.

izman berkata...

hubungan ibu dan anak sangat istimewa, setiap ibu akan merasainya. semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Mak Su berkata...

hah? kena tahan?

hentian berkata...

hakikatnya IM kena hadapi semua ini. Akhmal kena tahan kerana suspek curi motor dan +ve dadah.

nak salahkan kawan-kawan mungkin tidak adil. tapi begitulah kata polis;

ini pengaruh kawan-kawan lah...

kerajaan kena drastik ubah cara oemerintahan dan letkkan cara islam. kalau tidak 5o tahun akan datang anak kita dah tak boleh dikenali orang islam atau orang bukan islam kalau dah rambut pun kaler-kaler dan cakap ikut sedap mulut. pergaulan bebas dan makan minum tak kira batas...

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Saya tumpang sedih dengan apa yang berlaku terhadap ibu_suri.

Semoga tabah dalam menerima ujian Allah. Berdoalah, nescaya Allah akan makbulkan, cuma persoalan lambat cepat.

Semoga Allah kembalikan keceriaan ibu_suri sekeluarga.

iBu...gUru berkata...

Assalamualaikum IM
Saya turut simpati....... apapun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Moga IM tabah menghadapi dugaan ini. Dekatkan diri dengan Nya moga dipermudahkan segala kekusutan. Terlalu banyak cabaran dalam mendidikan anak2 remaja zaman sekarang ...... apa pun anak adalah amanah kepada kita, jgn pernah kecewa dalam menjadikan mereka insan yg baik

kak ja berkata...

IM, semoga segala yg berlaku ni, akan segera terserlah hikmah di sebaliknya supaya kita lbh mudah menerima dgn penuh redha..

IM, jgn sesekali give-up, k? Anak, walau apapun kesilapan yg dia pernah buat dlm hidupnya, dia ttp perlukan kita org tuanya utk beri dia ruang dan peluang membetulkan kesilapan..

InsyaAllah, suatu hari nnt, dia akan berubah juga..

hentian berkata...

tkasih pada yang memberi pandangan dan respon positif.

hari ini hari IM kerana anak-anak IM dah besar. Esok-esok hari kalian kerana anak-anak kalian mungkin ada yang sedang membesar.

lihat dan rancanglah masa depan anak. dari apa yang IM lihat we hv to go back to basic.... asas islam yang kuat.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,

semoga IM dan Ibu_Suri tabah.

terima kasih atas nasihat.InsyaAllah.