Ahad, 24 Oktober 2010

Jangan Risau

Selalunya keluhan ibu_suri di ketika tertentu ialah risau...risau...risau... Dan aku pula memujuknya dan berkata - jangan risau, buat apa risau dan lupakan risau. Itu cakap di mulutku saja walhal aku tahu bukan semudah itu untuk dia membuang kerisauan yang bukan dijemput pun.

Setiap hari doktor pakar Psikiatrik menasihatkan aku jangan mis memberi Epilim 400mg, Sertraline 50mg dan Risperidone 2mg demi untuk menstabilkan baham kimia di dalam darah ibu_suri. Dan itulah yang aku jaga kini. Doktor mau melihat dalam tempoh 2 bulan ini sejauh mana susunan baru ubat ini memberi impak. Kerisauan yang tidak berpunca itu barangkali disebabkan ketidakstabilan hormon di dalam badan.

"Tidak apa perlu dirisaukan, ok. Selalu ingat pesan abang ini;

1. Sabar dalam menerima dugaan hidup ini.
2. Selalu fikir secara positif dan berlapang dada.
3. Usaha untuk menjaga diri. Makan selalu, senaman dan keluar rumah supaya badan di sinari matahari.
4. Berdoalah pada Tuhan. Tak perlu tunggu di sejadah. Tak perlu tadah tangan. Berdoa masa baring, masa makan, masa berjalan dan setiap masa.

InsyaAllah, Tuhan itu Maha Mendengar, luas pengampunannya dan murah hatinya."

Aku tepuk perlahan-lahan belakang ibu_suri sambil memeluknya kemas-kemas. Emak aku yang baru datang dari kampung semalam memerhati saja gelagatku. Emak aku itupun baru saja lepas mandi. Walaupun terkesut-kesut ke bilik air namun kecekalan dan sikap positif emak seperti menjadi obor dan idola diriku. kesemuanya dia lakukan sendiri tanpa mahu dibantu.

"Biar mak buat sendiri. Ini pun satu senaman juga untuk mak."

Sebab itu senang jaga mak kerana sikap mak yang positif!

foto hiasan: IM dan blogger JH dalam perjalanan menyertai demo GMI


14 ulasan:

ain fathihah berkata...

terima kasih IM. nasihat dalam entri ni beri kekuatan pada saya juga. terima kasih

iBu...gUru berkata...

Salam IM
risau memang tidak dapat dipisahkan dengan kita........... betul tak ? Tapi risau itu mestilah di imbangi dgn fikiran yg +ve.kalau risaukan hubby beluum balik sedangkan hari dah hampir maghrib +vekan fikiran kita...ooo mungkin jalan jem.... kenapala anak x tel @sms... ooo mungkin exm dah dekat...Sebaiknya jika kedaan tidak mengizinkan jangan kita zahirkan Risau kita itu kerana risau kita itu akan merisaukan pihak yg lain.... kesimpulan tiap orang sedikit sebanyak perlu ada sifat risau

Marina Monroe berkata...

Salam IM, Yang sebenarnya memang betul aper yang IM katakan, tak perlu risau, sebab nya Allah yang menentu segala. The secret word is REDHA, kalau ada redha no risau at all.
Just like me, lost my abilities of hearing and strength, was bedridden for 2 months, on wheelchair for sixmonths...berdoa pd Allah dan +ve in mind..Alhamdulillah..
Now I can walk but terhoyong hayang berpegang2 dinding atau perabut2 to support supaya jgn jatuh.
Hearing masih Zero..
Bersyukur kerna masih boleh bernafas dan beribadah..
Kenali lah REDHO...

roslaini saad berkata...

Salam..
Maaf saya bertanya..apa sebenarnya penyakit Ibu suri..??

Tahniah kerana IM suami yang sabar..
saya juga pernah menjaga suami yang sakit...Insyaallah..dalam kesusahan ada kesenangan..dalam kesenangan ada kesusahan...

DDrfauziah berkata...

Aslmkm IM.

Maaf la terlebih bz dengan kenduri sejak kelmarin. Sejak petang tadi komputer pula menyanyi & menari lagu2 & irama2 yg menakutkan!

Nasihat Kak G sama juga seperti nasihat IM pada Kak G.
Ya IM, kekadang kita terikut perasaan, tapi kita mesti sedaya upaya melawan segala yg menghimpit perasaan kerana Allah SWT redha kepada orang yang beriman, tabah & redha!

Kak anie berkata...

Salam Im...

Berfikiran positif adalah suatu yang baik untuk membina kekuatan diri ...

Semoga kekuatan dlm diri itu dpt membantu menyembuhkan penyakit yg ada...dan diharap agar ibu_suri akan lebih tabah menghadapi ujian ini dan begitu juga IM

♥ manje ♥ berkata...

Salam ziarah

Moga tabahkan hati dan sentiasa berfikiran positif... ~

ainnoraini berkata...

salam IM...
semoga tabah dan semoga ibu suri cepat sembuh...

hentian berkata...

tkasih atas komen positif. fikir positif. tindakan juga positif.

Ms.Lilies berkata...

satu entry yg bg semangat positif utk saya

tq IM

Mario berkata...

salam bro...yelaa...kadang2 akan datang perasaan risau yg tiba2... berfikiran positive cara terbaik untuk lupakannya...thanks

kak wan berkata...

Salam IM,
Nak suroh orang yang tiada berpenyakit macam ibu_suri tu..berpikiran positif pun susah apalagi ibu_suri yang kena makan ubat ni.
Tapi InsayAllah moga Allah sentiasa berikan IM ketabahan.

hentian berkata...

betul tu. sesekali fikir yang perlu berfikir cara positif bukan sangat ibu_suri tetapi IM sendiri...

ibuintan berkata...

risau memang antara sifat manusia, tanda kita ada perasaan sayang pada diri dan orang terdekat dengan kita