Halaman

Rabu, 15 Februari 2012

Pisau Tumpul

Blogger PT
follower ke 83
Gembira sekali bila dapat tahu, kawan ofisku kini udah mula mengorak langkah menulis blog. Ini bermula bila aku mendengar ceritanya tentang kisah Atuk dengan Cucunya. 

"Man, Hang ada banyak pengalaman baik yang aku rasa boleh dikongsi bersama. Alangkah baiknya kalau hang dapat rakam dia ke dalam blog. Aku dah masuk 4 tahun menulis blog. Aku rasa blog adalah podium paling baik untuk berdakwah."

"Berdakwah bukan semestinya bercakap hal-hal agama. Berdakwah boleh juga melalui sajak, melalui buku, melalui facebook dan melalui blog. Boleh cerita tentang pengalaman baik yang kita tempuh. Boleh juga cerita tentang pengalaman orang untuk perkongsian."

Begitu galakan aku pada dia. Memang aku berharap sangat dia mengambil ruang yang ada ini. Sementelah pula dia aktif dengan surau.

Akhirnya tadi dia meng'sms' aku akan alamat blognya. Dan cerita Atuk dengan Cucunya menjadi entri ke 2 nya. Boleh baca di sini.

"Awat pelik nama blog hang ni. Macam mana nak berdakwah kalau nama blog pun buat aku tergelak!" sambil ketawa aku meluahkan pandangan aku pagi tadi.

"Nama tu memang dah sinonim dengan aku sejak aku sekolah lagi."

Haah.... Aku akui. Dulu aku suka nama UNDUL dan hampir menamakan blog aku dengan nama itu. Tapi bila aku mencari makna perkataan UNDUL itu tak berjumpa, aku padamkan saja niatku. 

Aku harap sangat sahabat baikku yang pernah sesama berjaya mendaki Gunung Tahan ini akan terus komited berdakwah melalui blog. Aku pernah berpesan kepada dia bahawa kalau pun bukan semua orang akan suka pada blog kita tapi tidak mustahil seorang dua pasti mengikuti dan mendapat manafaat dari tulisan kita itu.

Itu sudah cukup untuk memberitahu bahawa kita telah mencapai matlamat baik untuk menulis blog. Menulis blog ini ada adabnya, pesanku lagi. Percayalah, kita akan puas bila mengetahui blog kita mendapat perhatian orang. Tulislah cara kita. Jangan terikut-ikut dengan gaya orang lain. Kita tulis dari idea kita sendiri. Misi kita ialah menyampaikan mesej yang baik. Itulah DAKWAH!

17 ulasan:

kakcik berkata...

Betulkan niat kita, itu yang utama. Berblog bukan untuk jadi popular, tapi untuk menyampaikan apa yang kita rasa mengikut adab dan batasnya. Kalau ada yang sudi membaca dan mengambil manfaat, itu adalah satu bonus. InsyaAllah.

norh berkata...

blog IM menarik perhatian saya :)

LadyBird berkata...

salam uncle im..

lady dah buka ni blog die :D.. hihihih

insan_marhaen berkata...

kakcik,
blog kita sendiri. kita anggap itu rumah kita. kalau ada orang bertandang, itu rahmat dari Allah jua!

norh,
tk kerana selalu sokong blog IM.

ladybird,
buka dan jangan lupa follow dan komen. muga PT lebih bersemangat.

Dinar berkata...

IM, nampaknya bertambah sahabat blogger yang InsyaAllah mempunyai niat sama dengan cara yang tersendiri. Saya akan ziarah blog PT..

Anonymous one berkata...

Nasihat yang baik dan blog IM banyak mempengaruhi saya memandang dunia dr perseptif yang berbeza. tq :)

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM..
Maaf lambat sampai, sebab kena baca 2 N3.
kadangkala keadaan begitu tak mengizinkan kerana
Terpaksa mencari rezki untuk keluarga. AkhirnyaCucu yang untung, sebab masa dah dpt cucu, masa tu lah waktu kita terluang,, sbb anak2 dah Ada kehidupan sendiri.
( n3 kawan IM)

N3 IM pulak, selagi blog IM terus Ada di Maya, DO Akan sentiasa mengambil iktibar apa saja baik Dari sini. InsyaAllah ...

Kamsiah berkata...

salam IM...saya ke blog IM punya kawan tu...not bad...
berblog bg saya boleh mengasah skill menulis...

insan_marhaen berkata...

dinar,
ya.. kawan-kawan IM tak ramai tulis blog berbanding FB.

ao,
memang harap begitu. IM menulis dari sudut pandang IM sendiri.

do,
cucu pun masih kita bertanggungjawap ke atasnya.

kamsiah,
betul tu. IM selalu cuba menulis dalam pelbagai gaya.

Aida Ali berkata...

Suka baca cerita-cerita dalam blog IM.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Saya juga sentiasa berharap yang blog saya tidak memberi kesan negatif kepada kawan-kawan yang singgah.

InsyaAllah saya akan ke blog kawan IM tu.

insan_marhaen berkata...

aida ali,
tkasih lah kerana masih sudi baca walaupun kekadang IM rasa penulisan IM macam ntah apa-apa.

kunang-kunang,
kawan IM, PT tu sebenarnya juruhebah stage dan penyanyi malah boleh berlakun sebelum melibatkan diri dengan tabligh.

ajak berkata...

asalam ... salam kenal ... saya new bie .. dah follow blog awak .. sudilah kira nyer follow blog saya plak ..tq.

a.samad jaafar berkata...

saya selalu ajak kawan2 menulis dalam blog.. bagi saya mereka kalangan orang yg bijak.. tapi belum ada yg memulakan langkah..tiada yg saya kenal secara nyata yg menjadi pengikut blog saya..

agak malang krn saya kurang mampu menulis sesuatu yg bermanfaat utk pembaca..kemampuan bakat, akal dan masa agak membataskan saya..

insan_marhaen berkata...

ajak,
dah follow dan tinggal pesan. harap kita sesama saling meriah memeriahkan blog masing-masing dengan tujuan dakwah ke arah kebaikan bersama.

a. samad,
menulis mengikut kadar kemampuan. pasti ada orang ain yang merasakan tulisn kita itu bermanafaat untuk mereka. paling tidak mereka akan ketawa! itu sudah kira memberi manafaat.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Aine,

Betul tu, semenjak kelmarin, naik kelabu nak baca 'word verification'. Kenapa yer. Dan ada kata2 tertulis untuk pastikan yang anda bukan robot.

Anonymous berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.