Foto semasa aktif dalam Perguruan Silat gayong bersama arwah cikgu Man. |
Beberapa hari ke hadapan ini aku akan disibuk dan diresahkan dengan odit dalaman mahupun luaran. Udah 30 tahun aku bekerja; beginilah rutinnya. Tidak habis-habis dengan permasaalahan kerja. Kekadang aku fikir, kerja macam abah aku dulu lagi baik. Pagi, kerja dengan Majlis Bandaran Ipoh. Balik tidur sekejap kemudian petang bawa mesin rumput dan pergi ke bandar Ipoh untuk ambil upah potong rumput. Dapatlah RM5 untuk satu laman kecil. Tolak makan tinggallah RM3. Tak perlu perah kepala. Perah tenaga sahaja.
Malam pergi masjid. Balik rumah tidur semula dan esok pagi-pagi lagi akan hantar aku ke sekolah kemudiannya ke tempat kerjanya. Sempurna dia membiayai kami 9 beradik dengan kerja yang begitu.
Mak pula ambil upah toreh getah waktu pagi. Petang pula mendulang bijih timah. Duit-duit itulah yang menyara makan minum kami.
Bila saat-saat tertekan dengan kerja begini, semua kenangan itu menjadi motivasi buat aku yang walaupun sekadar menyara 3 orang anak dan seorang isteri tapi perihnya dirasa seperti lebih hebat dari apa yang ditanggung oleh mak dan abah.
Sekarang aku cuma perlu lalui beberapa tahun sahaja lagi untuk akhirnya bersara dari semua beban kerja ini. Namun, masaalah juga bila tidak bekerja lagi, nak buat apa pula?
Bak kata kawanku: hidup ini kalau nak dihambat dunia ini, tak terhambatkan. Kita terima sahajalah apa yang ada dan mendatangi kita. Kita buat apa yang terdaya. Selebihnya itu serah pada Allah. Yang penting.... hati mau baik be!
9 ulasan:
Sebenarnya kita tak pernah tahu jerih mak ayah kita sehingga kita sendiri merasainya...
salam,
saya pasti jalan hidup IM selamat dan murah rezeki. :)
apa-apa pun,suka saya membaca tentang mukadimah post ni,dimana IM menceritakan tentang keje ayah IM buat ni tu ni tu tapi boleh menampung 9 anak ngan isteri.awesome... :)
inspired.
tpi kita lawan tetap lawan IM.jom! :D
sentiasa mendoakan yang terbaik buat kehidupan IM...
dan terima kasih pada Im kerana sentiasa sudi singgah ke blog ayu
IM..
ayat yg akhir dientry tu memang menarik.. elok buat renungan...
"hidup ini kalau nak dihambat dunia ini, tak terhambatkan. Kita terima sahajalah apa yang ada dan mendatangi kita. Kita buat apa yang terdaya. Selebihnya itu serah pada Allah. Yang penting.... hati mau baik be!"
Dan hidup kita yg kekal adalah di sana kelak.... Siapkan bekalan...
begitulah kehidupan dan kerja bang, rutin harian yang mengejar kita setiap saat.
apa2pun saya doakan yg terbaik buat abang sekeluarga
yelah bro IM....tak terkejar kita kalau asik nak kejar....
IM, keadaan dan suasana sekarang sudah banyak berubah...walaupun sudah banyak teknologi yang memudahkan urusan seharian berbanding dengan zaman ibu ayah kita dulu, yg boleh dikatakan kebanyakan urusan kita boleh diseselaikan di hujung jari, namun kita masih lagi sibuk menghambat masa..
saya pun tengah sibuk siapkan CAPA utk bosses present kat ministry ni..rasa nak jerit kuat2 ke bos pun ada gak ni..hu hu
arwah ayah sara kami 10 beradik tapi cuma reti naik basikal ja..tak payah teruk2 pulun keja sampai malam..
Semoga apa yang IM buat di pandang sebagai ibadah oleh Allah.
Catat Ulasan