Halaman

Khamis, 16 Februari 2012

Kambing Hitam

Foto Ulu Paip ihsan dari malaysiabest
 
Aku ajak ibu_suri makan malam di Restoran Kak Wan, Kulim. Nak cuba tempat makan baru. Selalu makan di tempat yang sama, cemus juga. Pesan makanan juga, yang lain dari kami biasa makan. Aku pesan mi + bihun sup sementara ibu_suri pesan mi hailam.

"Tak mau try mi kung fu?"

"Tak mau. Pelik aje bunyinya."

Aku pun tak tahu macam mana rupa mi kung fu. Tapi yang pastinya boleh dimakan. Kalau tidak, takkan dijual.

Tiba-tiba, seorang anak mongel datang ke meja meletakkan kertas iklan 'KAYUHAN AMAL GAZA' ; 17 Mac 2012 bermula 7.30 pagi dari UniKL ke Hutan Lipur Ulu Paip. Anjuran BAKUN singkatan Bakti Kebajikan Nun.

Aku masih ingat semasa anak-anakku masih kecil selalu bawa mereka mandi manda di Hutan Lipur Ulu Paip ini. Masa itu Ulu Paip masih belum terusik. Damai dengan bunyi air sungai dan unggas. Tidak dalam dan memang sesuai untuk keluarga berkelah dan mandi manda.

"You senyum kat sapa?" tiba-tiba ibu_suri memecah lamunan.

"Jaga-jaga. Jangan senyum sembarangannn..." sambil jari telunjuknya bergoyang-goyang di depan hidung aku.

"Senyum kat kambing tak pa, kan!"

Lalu, ketawalah ibu_suri dengan tawa yang jelas kebudak-budakan. Beberapa hari ini ibu_suri suka sangat menyebut istilah kambing hitam. Ia merujuk kepada isu-isu dalam politik masa kini.

Memang terkadang, aku amat rindu pada zaman anak-anakku masa kecil!

10 ulasan:

S..U..D..@..I..S berkata...

ornag yang dipersalahkan, orang yang teraniaya...

kakcik berkata...

Kita hanya ada kenangan tentang masa lalu...

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

Sesekali tukar selera ketempat lain pulak kan.

Bila mengimbau kenangan masa lalu.. Kita rindu saat-saat itu.

Kambing hitam? Siapa? Eheh!

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Mee kungfu tu sedap pada kak anilah. Selalunya akak akan minta kuew teow kungfu. Rupa dan rasa lebih kurang cantonese fried.

P/S Ini jawapan untuk IM dalam blog akak


IM,

Sebenarnya orang yang mengendalikan kedai Al Jabbar di Taman Sri Muda, Shah Alam ni adalah seorang Iman di masjid Taman berkenaan. Isterinya seorang pensyarah di salah sebuah IPTS di Lembah Klang ni,

Dia mula berani mencuba mesin ni selepas isterinya yang sepatutnya kena buat 'by pass', disahkan doktor dah tak perlu kerana saluran jantung yang tersumbat tu dah clear selepas mencuba menggunakan mesin ini (atas cadangan dr. juga).

Banyaklah juga cerita dari mulut orang yang kena sendiri, contohnya orang kena stroke, orang yang (saya tak tau nak sebut sakit apa) tapi doktor selalu memberikannya ubat penenang) berhenti ambik ubat ni selepas mengguna mesin ni secara emergency kerana kebetulan kehabisan ubat.

Dan banyaklah lagilah cerita-cerita yang saya dengar. Kita mencuba IM. InsyaAllah mudah2an Allah berkenaan, kalau tak sembuh sepenuhnya pun berkurangan pun dah Alhamdulillah.

Kalau nak beli harganya mahal, RM13,000.00 jadi kalau ada kedai2 terapi kita pegi jerlah. Selalunya tak mahal sangat. Ada juga yang kecik harganya RM4,800. (Cuma bimbang kalau ada di rumah sendiri tu kita pulak malas nak buat, kena kuat semangat betul).

Anonymous one berkata...

IM : makanan tu Ao suka makan masa study dulu sebab murah pastu ada telur elur keteow dan banyak sayur.. murah pula masa tuh dalam rm 3.50 (murah dah tu kalau kat tempat study AO)

Saya pun rindukan zaman kanak-kanak saya, mak abah yang muda bertenaga ..banyak impian untuk anak-anak, merancang masa depan yang baik untuk anak-anak.. adik2 AO semua sekolah swasta dulu sekolah agama .. tapi abah mak sanggup sebab nak bagi pelajaran yang terbaik buat anak-anak.. kata mak nak bagi jadi orang.

Ao tak sempat sebab sekolah tu tubuh pun lepas Ao dah masuk darjah dua.

Alhamdulilah jadi orang juga la kami adik beradik. hehe

Tentu IM dan keluarga sangat bahagia dengan ibu suri ketika itu.. xper IM Allah tahu segalanya.. ganjaran buat IM di negeri abadi kelak. Amin.

ashrafi berkata...

Selalu takut dengan istilah kambing hitam.

LadyBird berkata...

senyum kambing.. hihihi~..

Ibu n Abah berkata...

IM..
cuma ingat lagu
Ba Ba Black Sheep...

Temuk berkata...

Kalau IM order me kung fu tu dan tunjukkan gambarnya, serta ceritakan rasanya, bolehlah dijadikan panduan bila ke kedai makan sebelah Kedah tu. Saya percaya rasanya sedap, walaupun mungkin garang dalam perut.

Dinar berkata...

IM, minta dihindari dari dijadikan kambing hitam...punah maruah punah akidah...