Sabtu, 18 Februari 2012

Marissa - hobinya..tidur!

Marissa - hobinya..tidur!

Dhiya Marissa demam. Sejak semalam. Angah bergegas mengejarnya ke Hospital Seberang Jaya jam 5 pagi bila mendengar nafas Marissa turun naik agak kasar. Doktor mengesahkan dalam saluran nafas Marissa ada gelema.

"Bukan gelama!" tegasku dalam seloroh bila ibu_suri masih tidak faham apa yang telah terjadi kepada Marissa. Nak beritahu pada ibu_suri ini pun satu hal juga. Maklumlah, sayang sangat ibu_suri ini pada Marissa hinggakan kekadang aku buka blog aku lantas lagu dari singingbox aku berbunyi; ibu_suri beliakkan mata;

"Pelan sikit la komputer tu. Marissa tidur!"

Aku harap Marissa akan segera sembuh. Kasihan dia, belum pun cukup usia sebulan, sudah terpaksa diwadkan.

Aku sendiripun belum sempat ziarah Marissa. Hari ini dan esok jadual aku cukup padat. Pagi terpaksa pergi kerja untuk selesaikan tugasan yang berlambak. Petang, ada kenduri kesyukuran di rumah blogger JH sempena pemergian anaknya belajar ke Yaman.

Esok pagi aku akan pastikan beriadah di Tasik Mengkuang. Dan petang tak pasti samada aku akan dapat menghadiri sesi pertemuan antara Jawatankuasa Pusat IKRAM dengan ahli-ahli IKRAM Pulau Pinang. Aku belum pernah bersua dengan mereka sebelum ini.

12 ulasan:

mama maman berkata...

moga marissa akan cepat sembuh...

LadyBird berkata...

smg cucu uncle sihat walafiat.. ameeennn..

norh berkata...

kasih tok.. :)

insan_marhaen berkata...

mama maman,
tkasih atas doa.

ladybird,
tengoklah opah dia.. lagi'sihat'..

norh,
kasih tok sepanjang jalan..

Bapak berkata...

semoga Marissa cepat sembuh

Anonymous one berkata...

marissa comelnya nama... cepat sembuh ya anak.. :) angah melalui apa yang IM lalui 24 tahun dulu, ini pengalaman yang tidak akan di lupakan oleh kedua ibu bapa..

bila AO pula hihi

Mohd Sukur Ibrahim berkata...

terimakasih singgah blog picisan saya...didoakan marisa cepat sembuh...

Deru Ombak berkata...

Salam IM..
Sedap Nama cucu IM...
Moga ibu_ suri sentiasa ceria dgn adanya cucu..
Dan moga baby cepat kebah nya.

insan_marhaen berkata...

bapak,
IM doakan selalu, begitu!

AO,
itulah yang IM selalu beritahu.

sukur,
tertarik dengan sikap positif awak. sedang merancang untuk buat gadget istimewa untuk blogger seperti awak.

dm,
tkasih atas doa.

Kamsiah berkata...

marissa...so sweet...IM,betul ke org kata,sayang kat cucu lbh dari sayang kat anak hehe..

aku HIV positif berkata...

lain auranya entri IM sejak dapat darjat kehormat sebagai datuk ni :)
sangat2 cool. hehehe

Ibu n Abah berkata...

SubhaNallah...
Comeinya Marissa..
Semuga Marissa segera sembuh.