Tadi pagi Miss Su datang menghantar borang invitation ke Annual Dinner tempat kerjaku.
"IM ada pergi Annual Dinner ka?" sambil meletak borang berwarna kuning ke atas meja pabila melihat aku sibuk memuatkan kotak dengan equipment yang perlu dihantar ke SIME SIRIM untuk kalibrasi.
"Aiyo, I dah lama tak pi la. Dinner dengan wife kat rumah lagi ho liau..!" Jawabku berseloroh.
"Waa... You punya bilik cantik aaa... Kemas dan bersih. Lagi wangi... Tak macam masa XXX jaga dulu."
"Betoi ka..." Dan hatiku berbunga kembang semangkuk.
Pada aku yang lebih suka bersikap berlapang dada dengan apa yang ada di depan mata tak perasan pula hal ini. Aku mula berpindah kerja ke bahagian kalibrasi pada bulan Mei 2009. Walaupun kalibrasi ini bidang yang terlalu asing bagi aku namun aku cuba menghadamkan ke dalam diriku.
Di dalam bilik yang kecil dikepung oleh cermin ini akulah bos dan akulah cooly. Aku urus semuanya perihal urusan di bahagian ini.
Setiap pagi bila masuk, aku akan on semua lampu, pc dan penghawadingin. Kemudian capai tuala kecil lalu membasahkannya di bilik air untuk mengelap sebahagian dari meja dan rak bilik. Ianya salah satu dari disiplin 5S.
Kemudian aku melihat apa tugasan yang perlu aku buat pada keratan kertas yang telah aku senaraikan semalam; sebelum balik.
Selepas breaktime pertama barulah tugasan kalibrasi aku bermula sehingga jam 4.40 petang. Selepas selesai solat Asar, aku akan masuk ke lokasi kerja dan menutup suis penghawadingin. Aku mula menyenarai tugasan yang perlu aku buat esok.
Aku cuba seboleh-bolehnya mengganggap ofis aku ini seperti rumah ke 2. Aku jaga sebaik mungkin.
Malah adakalanya, bilik aku jadi seolah bilik kaunseling pula. Tempat kawan-kawan release tension atau seolah-olah R&R sebelum mereka ke tempat lain.
Aku selalu beritahu kepada kawan-kawan supaya cuba untuk berasa enjoy dengan kerja. Cuba jangan anggap ianya sebagai beban. Buat setakat yang terdaya. Sekemas mungkin. Se up to date mungkin. Sebtiasa open minded dengan semua pelanggan yang datang. Cuba cool dan solve problem mereka serta merta dan dengan bijaksana. Senyum dengan mereka walaupun hati sendiri banyak kadangnya serabut dengan masalah peribadi.
Itu bagi pandangan aku lah! Pandangan orang lain mungkin tak sama sebab lain padang lain belalangnya!
8 ulasan:
salam IM,
kerja yang banyak tidak menjadi beban sekiranya kita tenang dan enjoy melakukannya
Salam IM.
Betul tu, tempat kerja yang baik, kawan sekerja yang sehaluan dan memahami amat penting bagi kita.
Ini adalah kerana kita menghabis masa lebih kurang 6=8-9 jam di tempat kerja jadi kalau kita tidak bahagia di situ, amat menyedihkan.
betul tu. IM rasa beruntung sebab di penghujung usia IM ditawarkan ofis kerja yang damai.
IM ingin enjoy dengan sisa hidup yang ada. Tak mahu fikiran yang negatif. Mau lihat ke hadapan dan membuat sebanyak mana kebaikkan.
mmg betul IM..tempat kerja merupakan rumah kedua...bile tempat bersih,kemas baru la kite bersemangat nak buat kerja...tak la berserabut fikiran ni kan...
Assalamualaikum saudara IM.
Keseronokan bekerja lahir dari keikhlasan kita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu.
Kalau dah ikhlas dan seronok, natijahnya 'opis' akan jadi seperti rumah kita juga , kena kemas dan cantik selalu.
Tahniah. Semoga terus ceria dalam tugas.
TQ
salam,
bilik di tempat keje saya xde air-cond...xkisahla...janji hepi.
betul...kalau enjoy baru best nak keje...
Salam IM,
bilalah saya dapat enjoy kerja macam tu...
Catat Ulasan