Rabu, 27 Oktober 2010

Sahabat

Jam dinding lebih kurang 9.43 pagi bila talipon aku bergetar dengan sms dari blogger JH.

"Jom solat dhuha..."

Cepat-cepat aku habiskan merekod perenggan terakhir data-data kalibrasi. Begitu teruja aku dengan pelawaan JH yang begitu ambil berat terhadap aku.

Beginilah sepatutnya yang bernama sahabat. Saling ingat mengingati dari kealpaan. Saling ajak mengajaki pada amal kebaikan.

Dunia yang serba laju sekarang ini sedikit sangat kita temui sahabat yang sanggup menangis bersama bila kita susah dan senyum bahagia bila melihat kita senang.

Aku selalu memberi ingat pada anakku, Akhmal begini;

"Bila kita senang ramai kawan mengermuni kita bak semut menghurung gula. Akan tetapi bila kita dilanda susah tak ramai yang akan sapa kita dan bertanya khabar. Umpama bangkai, tak siapa kisah."

Dan nasihatku lagi;

"Kawan memang ramai. Tetapi tak semua kawan itu adalah sahabat."


Aku teringat kata-kata ini yang selalu aku tuliskan di akhir setiap surat yang aku kirirm kepada sahabat pena masa sekolah dulu;

'Kawan itu umpama pasir-pasir di pantai. Namun kawan yang sejati umpama sebutir mutiara di celah-celah pasir itu!'

Setibanya aku di surau, JH sudahpun sujud di rakaat terakhir. Aku perhatikan, lama sujudnya itu.

Aku tau, JH sedang berbisik dengan Kekasihnya seperti jugalah aku!

15 ulasan:

kakcik berkata...

Salam IM...

kawan akan meninggalkan kita saat kita ditimpa musibah... tapi sahabat akan sentiasa ada dalam susah dan senang...

Ariff Budiman berkata...

Kawan juga meninggalkan kita sesudah kita mati tetapi sahabat akan terus mendoakan kita. Bertuah Im dapat sahabat seperti JH. Jeolous saya

ainnoraini berkata...

alhamdullillah dpt sahabat yg baik saling ingat mengingati..bukan senang sekarang ni nak dpt sahabat yg baik sekarang ni..

hentian berkata...

boleh dikatakan setiap perenggan hidup IM mempunyai sahabat baik. Masa kecil di kampung, masa sekolah rendah, masa menengah rendah dan masa di IKM, Kg Pandan KL.

kini pun punyai kawan akrab. tapi tak pasti sejauhmana lain orang menganggap IM sebagai sahabat atau cuma seorang kawan!

Mario berkata...

wah bagus eh dpt sahabat camtu...

Mak Su berkata...

sy bagaikan kehilangan lately, jgn katakan sahabat, sedara pun tak ada..........

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,

sahabat macam ni yg susah nak cari sekarang ni..

Yunus Badawi berkata...

Salam IM,

InsyaAllah sesiapa yg solat Dhuha akan dimurahkan rezekinya. Tetapi yg lebih penting ialah rasa kesyukuran kpd Allah dgn apa yg dikurniakanNya kpd kita lalu kita solat kpdNya di waktu Dhuha ini.

ibuintan berkata...

bertuah mendapat sahabat yang saling menegur dan menerima keadaan kita

Acik Erna berkata...

IM..alhamdulillah dapat sahabat yang sentiasa mengingati..

hentian berkata...

sepatutnya semua kita rasa bertuah kerana sepatutnya kita memang mempnyai sahabat yang baik.

untuk mendapat sahabat yang baik kita perlu bersedia menjadi sahabat yang baik pada lain orang.

ibundo berkata...

sekarang ni susah untuk mendapat sahabat sejati..

ab@h_Izz berkata...

rakan,kawan& sahabat zaman sekarang jauh brbeza dengan yang dulu...keakraban kurang terserlah,mungkin teknologi telah mengubahnya...

sekarang ni pun susah nak tau itu kawan/sahabat...

S..U..D..@..I..S berkata...

aku nak juga kawan macam JH itu, yg akan tegur aku bila aku lalai...

ummu berkata...

salam IM,
sungguh sahabat sejati itu yang sentiasa mengingatkan kita pada tUhan
meninggalkan jejak kali ini dari blog peribadi dan bukan educatinal blog..