Khamis lalu aku dikejutkan dengan berita sepupu ibu_suri meninggal dunia di Sungai Ara. Kak Lah memang akrab dengan ibu_suri sejak dari zaman remaja mereka lagi. Kak Lah selalu membantu suaminya berniaga di kantin USM. Aku pernah beberapa kali minum di kantin beliau.
Sesuatu yang hebat dengan Kak Lah ialah dia seorang yang sabar dan ....
".. Dia pun sorang yang punya hati yang terbuka. Sebab itu dia boleh kekal bersama suaminya hingga sekarang.." ujarku pada Pak Long, bapa Kak Lah.
Dia bukan sahaja bersikap terbuka menerima kenyataan untuk bermadu bersama isteri kedua suaminya seorang Pattani malah madu ketiganya seorang Kemboja. Boleh tinggal serumah dan bekerja bersama di kantin. Huu.. bukan calang-calang hamba Allah Kak Lah ni, fikirku.
Madu Kak Lah memeluk ibu_suri sebaiknya saja dapat berjumpa. Dengan rembesan airmata dia menceritakan saat-saat akhir mereka di sisi Kak Lah.
"Badannya berpeluh-peluh meminta maaf pada abang. Lepas dia mengucap Allahuakbar, dia pun pergi.."
Satu-satunya yang aku perhati Kak Lah ini sedari aku kenal dia ialah dia selalu bertudung labuh, murah senyum dan bersahaja perilakunya..
Jenazah Kak Lah di mandikan di Masjid Al Huda Sungai Ara |
Alangkah bahagianya dunia ini kalau semua isteri dapat mencontohi keterbukaan hati seperti Kak Lah.
Al Fatihah buat beliau yang kini bersemadi di Tanah Perkuburan Orang Islam Bukit Jambul. Hilang sudah satu contoh isteri yang begitu baik dan menerima pujian tinggi dari suami dan bapanya sendiri.
16 ulasan:
salam takziah...
alfatihah buat arwah...
Yang pergi itu semalam
Yang hadir itu sekarang
Yang akan datang itu esok
Semoga Allahyarham diberkati dan tergolong di kalangan muslimah solehah.
Takziah utk ahli keluarga
Alfatihah utk arwah..
Segala2 nya adalah pinjaman sajer,
bila mengerti dan faham maka aper saja boleh di lalui dengan mudah...
Assalamualaikum...
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada~Nya kita dikembalikan..
Moga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisi~Nya..
lilies,
muga dia bersemadi dengan aman.
hrusli61,
tiada yang kekal di dunia ini melainkan Dia.
marina,
adat meminjam kena pulangkan semula yer..
abd razak,
harapnya begitu pada kita dan buat kita juga..
al fatihah..
smoga rohnya dtmpatkan dlam klangan
orang2 yg briman..
salam IM........... moga yg pergi ditempat bersama2 orang yg soleh, kita yg bakal menyusul perbanyakkan lah bekalan utk ke SANA......... Amin
Subhanallah kepergian yang mendapat redho suami...
Dia isteri solehah..alfatihah
Salam IM,
Innalillahi wainnailaihirojiun... dari Dia kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.
Insya-Allah dari penceritaan IM kakak dapat merasakan suami kak Lah bahagia selama hidup bersama dgnnya dan cara pemergiannya menemui Allah.
Salam IM..,
Al - Fatihah di atas pemergian arwah kak Lah.
Semoga kak Lah berbahagia di bawah payungan emasnya.
as salam Im,
al-fatihah semoga payung emas menunggunya
isteri terbaik buat suaminya, kak lah antara insan bertuah
Salam IM,
Takziah kepada keluarga Kak Lah dan Alfatihah untuk roh arwah. Semoga roh beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang solihin dan sodigin. Amin.
Al-fatihah...
Moga roh arwah dicucuri rahmatNya...
Al-Fatihah...
salam takziah dari feez...
semoga sikap baikna menjadi contoh untuk sesiapa yg mengenali dri arwah....
alfatihah
Salam takziah,
alfatihah...
Catat Ulasan