1.
Sejak guna papan kekunci dan tetikus tanpa wayar ini, aku agak selesa menulis blog. Tak perlu risau butang-butang papan kekunci komputer riba aku rosak sepertimana komputer riba ACER yang pertama aku dahulu. Aku dapat tahu perihal aksesori ini pun setelah berbincang dengan Along. Aku beli jenama Logitech di PC Depot. Harga RM79. Along kata mahal. Namun pada aku, mahal sedikit tak mengapa asalkan puas hati menggunakannya. Lagipun, aku bukan rajin sangat nak pusing-pusing tempat lain semak harga.
Aku beli yang ini demi untuk menjaga komputer ribaku yang ada ini. Mungkin ini belian aku yang terakhir. Aku sayang komputer riba ini sepertimana aku sayang pada Kancilku yang satu itu. Kalau rosak hamba Allah berdua ini, aku takkan mampu membeli yang baru.
2.
Dah lama aku tengok krim rambut ini semasa sembahyang Jumaat di Masjid Bayan Baru. Akhirnya aku beranikan hati menyeluk poket membeli satu botol walaupun harganya, mak aii... RM25. Semua ini semata-mata kerana risau dengan masalah keguguran rambut ibu_suri yang begitu ketara mutakhir ini. Disamping ikut nasihat doktor supaya lebihkan memakan Protin, aku juga mencari alternatif menukar ke syampu baru anti rambut gugur dan juga mahu mencuba krim rambut ini.
Foto ihsan TropicaBioHerbs |
Disamping mujarab sebagai ejen anti gugur, minyak rambut ini juga boleh merawat gatal kulit kepala, menghilang migrain dan membuang panas kepala. Ironinya, ramai kawan-kawan aku yang beli ini ialah yang mengalami masalah kepala botak.
3.
Dah masuk 2 minggu aku diserang selsema dan rasa berbalam-balam. Mungkin ini pertanda aku sudah semakin usia. Melihat anak-anak muda yang ramai bersembahyang di surau lokasi kerja buatkan aku terasa semakin hampir ke penghujung nafas. Aku melihat ke belakang, masih banyak kerja yang belum siap. Aku pandang ke hadapan, masih banyak ruang yang belum terisi.
Aku harap aku sempat menarik nafas, tenang dan dalam sebelum aku permisi dari dunia ini. Aku ingin lalui hari-hari yang tenang. Aku ingin lalui jalan-jalan yang lapang. Aku ingin lalui jiwa-jiwa yang tenteram. Dan aku akur dengan kata-kata Dr Danial, panelis Halaqah TV9; produk yang paling baik untuk semua ini adalah Al Quran, membaca, mengkaji dan mengamalkannya!
15 ulasan:
salam IM
Untuk mencapai ketenangan jiwa ramai sekali dalam kalangan kita yang memilih dengan cara tidak islamik. Banyakkan zikrullah dan membaca Alquran..
Salam IM
ayu singgah jua..
memang dah lama tak nampak kelibat IM
semoga anda dirahmati...
sabar selalu, semoga kita beroleh keberkatan
Salam ziarah IM, moga cepat sembuh, bila dah berusia ni, macam2 akan kite terkenang, tanggungjawab la, itu ini laa...
Tapi ape yg penting, ingat Allah banyak2, dan ceria2 selalu... jangan lupe senyum bleh hilangkan stress he3
salam im.
semuga pemergian kita di dalam keredhaanNYA.
semuga im dan ibusuri sehat...
Assalamualaikum..
Bacalah al-Quran setiap hari tidak kurang dari 10 ayat supaya tidak dianggap orang yang lalai dan lupa.
imanshah,
ya..berzikir dan berquran itulah yang payah.. setan banyak!
citarasa rinduan,
tu la. IM pun rindu pada rakan-rakan..
republikn9,
betul tu. smile is the best medicine!
kakpah,
IM baru balik dari ziarah mak di Ipoh. ibu_suri sedang tidur. letih!
abd razak,
alpanya IM ni, ya!
Yang merah itu saga
Yang putih itu bersih
Yang iman itu di dada
Yang murni itu kasih
Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa
Tidak beranjak siapa pun bisa
Berubah erti keluar dari yang biasa
Kata-kata manis di hujung di mulut
Tulisan indah di pena-pena
Nak buat baik selalu disebut
Nak praktikannya selalu tak kena
salam IM, semoga senantiasa sihat dan diberkati olehNya..
Moga ceria selalu....
t.kasih info tentang krim ini... mungkin satu hari nanti saya perlukannya juga.
kesatu,
alah membeli menang memakai
kedua,
sanggup lakukan apasaja untuk yang tersayang..betul?
ketiga,
setiap dari kita berjalan menuju kepenghujung, semoga kita dijalan yang lurus
SALAM.
SAYA TERTARIK DENGAN KRIM RAMBUT TU .. BETUL KE DIA ANTI UBAN ?
SETUJU.. TIDAK ADA TANDINGANNYA PRODUK YANG SATU ITU - AL QURAN.
hrusli61,
6 jahanam,
iman di dada perlu disiram.
penarik beca,
itu namanya luar biasa.
madu tiga,
kita berusaha, allah jua yang izinkannya.
ab@h izz,
ceria macam ni pun ok dah ni..
abu muaz,
itulah harapan IM bila menulis. beri manafaat pada yang membaca.
sud@ais,
kekadang hidup ini memang abstrak dan sukar difahami..
semoga cepat sembuh IM, antibodi makin kurang
rambut ibu-suri yang gugur tu mungkin akibat kesan ubat yang dimakannya
salam...
mmg ada bnde yg trlalu kita syg n rasa hidup xlengkap tnpanya.....
salam IM,
sesungguhny kita mmg sentiasa mahukan yg terbaik utk diri kita...
mg ia memberi manfaat bukan mudarat...
setiap hari yg kita lalui adalah petanda semakin kita menghampiri 'saat-saat itu' agar kita sentiasa beringat utk bersedia menghadapinya...
Catat Ulasan