Selasa, 15 Februari 2011

Asalkan Cek Mahu Saja

Acapkali aku mengeluh di hati; " Alangkah baiknya kalau ibu_suri ada kad itu."

Hendak berterus terang kepadanya, takut pula berkecil hati. Setahu aku sejak dari berkahwin hingga kini dia masih tidak meyakini setiap keikhlasan aku. Selalu sahaja meragui. Payah kalau begini.

Tapi memang rugi. Rugi. Justeru itu aku mesti mencari masa yang sesuai untuk membuat saranan. 

Bila singgah di RnR cuti Raya Cina bebaru ini, parkir semua penuh. Aku menunggu di tepi menanti yang kosong.

"Parkir sana kosong. Kalau you ada kad kuning macam Akhmal, tentu kita senang-senang boleh parking."

Kemudian bila ibu hendak ke bilik air pula, ibu_suri selalu merungut kerana aku tidak dapat membantunya. Takkan aku nak masuk sama ke bilik air perempuan. Nanti dituduh menceroboh pula.

Aku selalu terpandang ke bilik air yang selalunya berada hampir dengan pintu masuk. Bilik air itu memang sesuai dengan dia. Tandas mangkuk, ada pemegang memudahkan dia untuk bangun. Luas pulak tu. 

Tapi aku hanya boleh merenung. Tidak layak untuk aku bawa ibu_suri ke sana kerana ibu_suri tiada kad kuning itu.

satu tahap ibu_suri terpaksa menggunakan kerusi roda

"Mau tak kalau abang tanya kat Jabatan Kebajikan Masyarakat, kut-kut you layak untuk dapat kad OKU tu. Senang la nanti kita parking dekat dengan pintu masuk RnR. You tak perlu berjalan jauh kemudian sakit kaki atau terjatuh. Mudah ke bilik air dan abang boleh teman dan bantu you. Dan kalau tak salah, depa bagi sikit  RM kat you setiap bulan sebagai imbuhan. Dengar khabar, kerajaan Penang pun akan bagi imbuhan kat OKU juga macam imbuhan kat warga emas tu."

"I boleh dapat ke?"

"Eh, kita cuba minta la.. Asalkan cek mau saja...."

Aku dah nampak tanda positif kemahuannya itu. Bijak tak aku melobi secara tak disedari?

26 ulasan:

ibuintan berkata...

salam maulidur rasul buat IM dan ibu-suri,.

bagus cadangan IM tu, elok juga cuba mohon kad tu, banyak kelebihannya dan senang juga bila boleh gunakan kemudahan untuk OKU itu... bulan2 dpat bantuan, sekurang2nya untuk pengubatan ibu-suri juga

Cik SHiNJU berkata...

Assalamualaikum IM...

Harap2 IbuSuri setuju la yer...
Banyak manfaatnya nanti kalau ada kad tu...

Kamsiah berkata...

salam
IM...org sakit ni sensitif perasaannya..tanya tak kena gaya...nahas...

bearcat berkata...

Kalau tak salah, sapa ada kad tu, talian telefon rumah pun ada keistimewaan.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum IM,

Buatlah apa juga yg terbaik dan memudahkan. Kalau memeng ibu_suri layak mengapa tak dilakukan. Syukur ini lorong yg Allah bagi sebenarnya. Kakak doakan berjaya.

S..U..D..@..I..S berkata...

tanya mau elok2 ..hati mau jaga
jgn bg cek tu kecik hati..(org sakit memang sensitif)

pandai2

Anonymous berkata...

senyum sayu baca 'berhemahnya' IM bertanya... Cubalah.. saya turut doakan.

Ariff Budiman berkata...

Bijak-bijak IM umpama menarik rambut didalam tepung

IMANSHAH berkata...

Salam IM

kadang2 tengok orng yang sihat walafiat salah guna parking kat petak OKU..takde kesedaran langsung

Abd Razak berkata...

وعليكم السلام ورحة الله

Usahakan agar mudah bagi IM..

aLieF si Muncung ManiS berkata...

alief ada gak jumpa orang yg parking kat tmpat org OKU...jahaat nye mereka ni..IM,,semoga ibu suri tu mndapat kad tu..
ENTRY BARU ALIEF..rugi kalau tak baca.. -->"CARA-CARA HARDCORE NAK PROPOSE OR PIKAT HATI ORANG YG KITA SUKA""

::mUkHLiSinALaHuDDin:: berkata...

InsyaAllah ibu-suri akan setuju kalau kena cara =)

Beri ibu-suri keyakinan untuk yakin pada diri...

ghost writer berkata...

owh rupanya kad kuning tuh untuk OKU ye..

bagus jugak kalau ia sangat memudahkan sebarang urusan.

mamai berkata...

elok juga kalau ada kad tu...senang untuk semua

مسافر_اسلام berkata...

Assalammualaikom wtb tuan IM. Khaifahaluka? Allhamdullah kita masih bisa berBloging kembali.
Ana lihat, lebih baik anta terus mendapatkan kad Kuning itu, utk keperluan dan kepentingan setiap golongan yang lemah. Kita tidak tahu untuk masa hadpan apa yang akan berlaku.

Ana mendoakan semoga ibu_suri diberi kekuatan dan mendapat kesehitan yang kekal abadi selama-lamanya. InsyaAllah.

JazakaAllah

hrusli61 berkata...

Kad kuning itu laksana musafir mendapat rukhsah.

Usahakan untuk mendapatkannya.

Kami doakan agar dimudahkan & berjaya.

Adinda Amy Sensei berkata...

as salam IM..

apa khabar?
moga baik saje ekk...

saya wat blog baru ni sebab blog lama akaunnya tak bole nak akses..so terpakse bikin blog baru..kalo IM free nanti..dtglaa melawat yee...

http://kilauancintasangratu2011.blogspot.com

nanti link tau... :)

terima kasih...

Adinda Amy Sensei berkata...

as salam IM..

apa khabar?
moga baik saje ekk...

saya wat blog baru ni sebab blog lama akaunnya tak bole nak akses..so terpakse bikin blog baru..kalo IM free nanti..dtglaa melawat yee...

http://kilauancintasangratu2011.blogspot.com

nanti link tau... :)

terima kasih...

KELI OH KELI berkata...

suka dengan cerita2 kamu..best!
salam persahabatan..

DINGIN SALJI SI IKAN KELI"

tehr berkata...

pelan2 cakap, ibu suri akan setuju juga nanti

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum IM

Apa pun yg dilakukan, demi kebaikan utk ibu suri & famili, saya doakan semoga sukses dan diberkati serta diredhai Allah.

NzA berkata...

ibu suri sakit apa IM????

org yg xsihat mmg sensitif, lg2 bab2 ttg OKU tu...Alhamdulillah, moga ibu suri dipermudahkan segala urusan...

siti murni berkata...

Salam IM,
kena pandai main psikologi jugak...

Bali Property berkata...

Kemarin maulid nabi ya? aku malah hampir tak menyadarinya.
semoga kita nanti mendapatkan syafaat rosulullah.
Bali Villas Bali Villa

Sham berkata...

dia bukan taknak...kena teknik yang betul baru jalan tu...steady IM...

ummu berkata...

assalamualaikum buat IM dan Ibu Suri;
saya pun selalu juga tertanya,"adakah saya layak untuk dapat faedah2 terutama bantuan jika daftar kad tu?"
kirim salam assalamualaikum utk ibu suri ya IM.saya dah bagitau blog IM kpd en hubby saya.:). cuma dia tak punya masa nak tinggalkan komen sebab kami mempunyai anak kecil yg manja dnegnya.