Isnin, 14 Februari 2011

Iftirash

sumber: emel ( tanpa edit )
kiriman: Umar Ismail

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...

iftirash

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

“Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)…..”
Hadith shohih riwayat Bukhri.

Pengajaran hadith:
  1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
  2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
  3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
  4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT

21 ulasan:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Hidupkan sunnah Rasulullah dalam masa kita bersolat..

ibundo berkata...

Salam IM. Bagi sesetengah orang, untuk menegakkan kaki kanan terasa sukar. Ada ustaz mengatakan kalau sudah mencuba banyak kali tetapi tidak dapat juga berbuat demikian, tak mengapa. Tak payah tegakkan kaki. Mungkin orang yang sukar ini ada masalah kesihatan kaki, kaki dah tak lembut lagi atau lain2.

bagus info ini.

Citarasa Rinduan berkata...

assalamualaikum IM

alhamdullilah, syukur di pagi isnin ini kita berkongsi cerita dan pengalaman jua info yang berguna

PS: kedua mertua dan en zalie hingga saat ini masih solat duduk..syukur masih boleh melakukan solat jua

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM.

Bertuah dan beruntunglah orang yang masih boleh duduk iftirash ni.

Pada yang dah tak boleh tu, tak mengapalah, islam tak memaksa sesuatu yang menyukarkan tapi tak bermakna kita kena ambik mudah.

Terima kasih IM berkongsi ilmu.

tun_telani berkata...

membalas kunjungan encik IM.

Alhamdulillah, kunjungan bermakna. terima kasih atas perkongsian.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum IM,

Banyak sunnah yg dapat dilakukan di dalam solat. Selain dapat ganjaran akhirat ia juga menjaga kesihatan kita lebih baik.

ab@h_Izz berkata...

salam IM..

-amalan itu adalah ibadah,ibadah itu adalah kesihatan....semoga sama2 peroleh kebaikan darinya.

ghost writer berkata...

mekasih atas perkongsian kesihatan macam nih...

Cik SHiNJU berkata...

Assalamualaikum IM..

Profesor Bukan Islam dh buat kajian dan beliau mengiktiraf rukun2 solat dalam Islam sangat bermanfaat untuk kesihatan...Subhanallah..

NzA berkata...

ikut sunnah, insyallah kita selamat....

S..U..D..@..I..S berkata...

Maksih IM
alah bisa tegal biasa

tehr berkata...

salam maulidur rasul
selawat dan salam ke atas junjungan besar kita

hentian berkata...

abd razak,
ya.. kita buat yang terbaik.

kak pah,
islam itu tidak menyusahkan. buat sekadar termampu.

citarasa rinduan,
ibu_suri juga solat di kerusi.

kunang-kunang,
betul sesangat tu.

hentian berkata...

tun telani,
salam kenal. ziarah lah IM jika senang.

kak zakie,
memang benar. solat juga adalah satu senaman.

abah izz,
sambil beribadah sambil menjaga kesihatan, ya!

ghost writer,
sesama kita mengambil iktibar.

cik shinju,
elok juga kalau kita dikongsi penemuan itu.

hentian berkata...

nza,
ikut sunnah yang benar, jangan terseleweng pulak.

sud@is,
yelah, kalau dah biasa buat iftirash dari muda, tak ada masalah rasanya.

tehr,
selawat ke atasnya juga.

al-lavendari berkata...

salam.

amalan ibadat yang secocok dengan teori perubatan moden. terima kasih kerana menyampaikan.

Nur Ardilla Najwa berkata...

perkongsian yg sungguh berilmu dan bermakna... tq IM.... =)

Sham berkata...

salam maulid...

kuasa Allah...bila dah buat kajian baru tau kelebihannya...

mamai berkata...

dia lebih mengetahui dengan apa yang dijadikannya itu

ibuintan berkata...

salam maulidur rasul IM..

semoga IM dan ibu-suri sihat di sana

hentian berkata...

al lavendari,
allah tahu kelemahan dan kelebihan makhloknya.

najwa,
yk kerana ziarah dan kutip ilmu.

sham,
banyak lagi kehebatan allah dalam penciptaan makhloknya. kita akan tahu satu demi satu.

mamai,
betul..

ibuintan,
IM selalu ingatkan diri supaya sihat dan teguh. tk atas doa.