Angah juga pernah berbuat begini semasa sekolah menengah dulu.
"Mahu mencari siapa hakikat diri.Ayah ibu jangan susah hati. Angah akan balik satu hari nanti."
Mau tak susah hati. Mengalir lalu jatuh airmata ibu_suri ke dalam pinggan nasi ketika sahur bila mengenangkan Angah menghilangkan diri dari rumah tanpa kami ketahui sebabnya.
"Asalammulaikum.. ayh ny ***** ayh.. tak pyh cri ***** smpai bla2 dh tau..thun ny ***** nk hdup sowang2 plak tpa fmliy..tpi stu jew **** mnta..***** nk mnta maaf awl2 ayh ibu angah..na nk tau kot ***** dh tak dk..smpai cni jew ayh jga ***** k..ayh ibu angah bwt cm ***** ny bkn ank ayh ibu angah k..skrg ayh ibu jgn risau psal ***** k. ***** dh bsar bleh fikir sndri......."
Tersandar aku di kerusi. Adakah ini balasan lantaran banyaknya dosaku padaMu, Tuhan?
Aku bangun ke arah pintu. Menerusi cermin aku memandang tempat dia selalu berdiri dan bersembang dengan kawan-kawannya.
"Tuhan... Selamatkanlah dia! Walaupun dia bukan darah dagingku namun aku tetap menerima, mengasihi dan menghormati dia. Sebusuk-busuk daging, kumasak, kucicah, kumakan jua."
19 ulasan:
Assalamu'alaikum IM...
Sudah tidak mahu lagikah IM menyebut namanya? Walaubagaimanapun, kakcik turut mendoakan yang terbaik buat IM, dia dan keluarga. Berat mana mata kakcik memandang, berat lagi bahu IM yang memikul segala dugaan ini.
Assalamu'alaikum IM,
Besarnya dugaan Allah bagi buat IM. Pasrah dan serahkan segala usaha IM pada Allah. Berdoa moga akan terbuka hatinya bahawa ayah-ibunya amat mengasihinya.
p/s: kakak tak tahu dia cuma anak angkat IM.
Assalamualaikum..
besarnya dugaan IM.. moga tetap tabah.. moga angah kembali iA.
kakcik,
entahlah. bukan tak mahu tapi tak lalu..
kak zakie,
ini gara-gara kemahuan ibu_suri dan keluarganya. IM sebenarnya tak mahu sebab IM tahu masaalah yang akan dihadapi di masa akan datang.
tun telani,
sabar ini dah terlalu banyak. kekadang tak sanggup lagi!
wooo..wooo...ni citer betul2 ke?
biarkan sabarmu menimbun,
sangguplah, biarpun kengkadang.
kenapa Angah senekad itu?
membawa diri atau cuba mengenal diri, apapun semoga Angah tidak kecundang dan tergelincir dari jalan yg sepatutnya
IM, diuji lagi, sabarlah wahai sahabat
beratnya cabaran hidup Abang IM...
hadapi dengan tenang dan dengan hati yang pasrah pada ketentuan Tuhan.Semoga Dia memberkati hidup abang IM.
along xp,
ini bukan cubaan tapi betul betul.
ahmad humairi,
still firm. harap allah beri kekuatan.
ibuintan,
bukan angah tapi *****
kalau angah yang buat begini, memang IM akan runtuh habis..
ghost writer,
berat kekadang memakan diri. IM cuma doakan muga IM sihat dan sempat selesaikan semua kemelut ini sebelum waktu IM tiba!
salam IM..
banyak bersabar..dah berakal, danh cerdik, pasti akan dicari insan yg banyak membantunya
assalam..
sabar IM, doa yg trbaik buat dia
salam IM
satu persatu dugaan datang..mengujimu sbg hambaNYA..sejauh mana diri sdapat menerima dgn redha..
imanshah,
muga dia mendapat sahabat yang boleh membawanya ke jalan yang lurus.
maiyah,
ya.. doa yang terbaik buat dia..untuk dia..bukan sangat untuk IM.
kamsiah,
mungkin IM banyak berdosa pada tuhan dan tuhan bayar cash pada IM di dunia.
IM...
ini ada kaitan dgn kisah angah nan lalu ker??
skrang berlaku pada yang lain??? macam tu....
kesiannya IM dan ibu suri..berat hati ini..berat lagi hati IM sklrg
assalamualaikum IM
berat mata membacaentry ini
berat lagi bahu memikulnya
semoga ibu suri tak bersedih hati
bimbang akan lebih menjejaskan kesihatn diri ibu suri,
Allah sayangkan IM dan Ibu Suri,
lalu dianugerahkan dugaan demi dugaanNya,
alangkah indahnya andai anak-anak mengerti,
kasih ibubapa kasih murni dan suci,
walau mungkin tiada hubungan jalinan darah,
namun pengorbanan ibu ayah yang sudah berkorban segalnya,
amat besar dan bernilai...
entry IM ini mengingatkan saya pada entry saya, MALULAH, Mama berkerusi roda, january 2011.
kesenangan dan kesulitan itu juga ujian IM
setiapa orang ada ujian dlm hidup, cuma caranya berbeda
byk memohon padaNYA..insyallah ada jalan kluar
Moga IM terus dikuatkan dalam pelbagai dugaan dan cubaan yang mendatang. Adakalanya dia yang dekat pada kita, akan jauh pada kita satu hari nanti. begitu jua luahan para ibubapa yang lain. Moga Allah kembalikan semula pada IM kelak. Doa OmOt pada IM~
As salam IM...
Semoga beliau dapat 'mencari diri' dan kembali ke pangkuan IM suatu hari nanti...
CR,
Dulu Angah, sekarang *****
ummu,
memang besar pengorbanan ini, kalau ***** mengetahui.
sud@is,
IM memang selalu berdoa untuk dia dan untuk keluarga IM.
Omaq,
Tkasih atas doa.
cik shinju,
harapnya dia akan temui jalan yang lurus.
Catat Ulasan